Republikan dakwa virus Covid-19 dari makmal China

August 2, 2021 · Dunia

Sebilangan besar bukti menunjukkan virus yang menyebabkan wabak Covid-19 merebak ke seluruh dunia berasal dari kebocoran di sebuah pusat penyelidikan di China, kata laporan parti Republikan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Isnin.

Laporan itu juga menyebut ‘bukti yang banyak’ bahawa saintis di Institut Virologi Wuhan (WIV) – dibantu oleh pakar AS serta dana daripada China dan AS – cuba mengubah virus Corona untuk menjangkiti manusia dan menyembunyikannya.

Mike McCaul, anggota Republikan tertinggi di Jawatankuasa Parlimen mengenai Hal Ehwal Luar mengeluarkan laporan disediakan staf jawatankuasa itu. Laporan itu mendesak siasatan dua parti terhadap asal usul wabak Covid-19 yang telah membunuh 4.4 juta orang di seluruh dunia.

China menafikan mengubah suai genetik virus Corona dari pusat kajiannya di Wuhan – di mana kes Covid-19 pertama dikesan pada 2019. Beijing juga menyangkal tuduhan menutup kejadian sebenar di pusat berkenaan.

Pakar lain mengesyaki pandemik Covid-19 berpunca daripada virus daripada haiwan yang berpindah ke badan manusia di pasar berhampiran Institut Virologi Wuhan.

“Kami kini yakin sudah masanya untuk menolak pasar basah itu sebagai punca penularan wabak Covid-19.

“Kami juga percaya bahawa bukti yang ada menunjukkan virus itu bocor dari Institut Virologi Wuhan dan berlaku sebelum 12 September 2019,” kata laporan itu.

Laporan itu mengatakan apa yang disebutnya sebagai maklumat baharu dan kurang dilaporkan mengenai protokol keselamatan di makmal, termasuk permintaan untuk baik pulih sistem rawatan sisa berbahaya bernilai AS$1.5 juta di institut pada Julai 2019.

Pada April, agensi perisikan tertinggi AS bersetuju dengan konsensus saintifik bahawa virus itu bukan buatan manusia atau diubah secara genetik.

Bagaimanapun, Presiden Joe Biden mengarahkan agensi perisikan untuk meningkatkan usaha mengesan asalh usul virus itu dan melaporkan kepadanya dalam tempoh 90 hari. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok