PM Kanada umum bantuan senjata kepada Ukraine selepas melawat Kyiv

May 10, 2022 · Dunia

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan bantuan senjata dan peralatan baharu kepada Ukraine selepas mengadakan lawatan yang tidak diumumkan ke Kyiv, ibu negara bergolak tersebut pada Ahad.

Trudeau, semasa sidang media selepas pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, juga berkata Kanada akan mengenakan sekatan baharu ke atas individu dan entiti Rusia susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Selain itu, Trudeau juga berkata Kanada akan membuka semula kedutaannya di Kyiv.

Trudeau turut mengkritik Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai bertanggungjawab dalam “jenayah perang” yang dilakukannya.

“Adalah jelas Vladimir Putin bertanggungjawab ke atas jenayah perang yang kejam,” katanya semasa sidang media tersebut.

Terdahulu, Trudeau melawat Irpin yang terletak di luar ibu negara Ukraine, tempat didakwa berlakunya kekejaman tentera Rusia terhadap orang awam.

Datuk Bandar Irpin Oleksandr Markushyn berkongsi gambar di akaun media sosial rasminya bersama Trudeau sejurus lawatan tersebut.

Pejabat Trudeau mengesahkan lawatan itu dengan mengatakan, “Perdana Menteri berada di Ukraine untuk bertemu dengan Presiden Zelensky dan mengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi Kanada kepada rakyat Ukraine.”

Beberapa pemimpin politik Barat termasuk Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres juga baru-baru ini melawat Irpin dan kawasan perumahan lain di sekitar ibu kota Kyiv di mana tentera Rusia dituduh membunuh ratusan orang awam.

Dalam pada itu, Wanita Pertama Amerika Syarikat Jill Biden turut membuat lawatan tanpa diumumkan ke Ukraine pada hari sama lawatan Trudeau.

Rombongan lawatan Trudeau disertai bersama Timbalan Perdana Menteri Chrystia Freeland dan Menteri Luar Melanie Joly, yang bersama-sama turut mengibarkan bendera daun maple semasa misi Kanada di Kyiv.

Kedutaan Kanada di Ukraine ditutup pada Februari lalu selepas kakitangan diplomatik berpindah ke Lviv dan kemudian ke Poland. Joly mengesahkan Kanada akan membuka semula kedutaan mereka “dalam beberapa hari akan datang.”

Kemudian semasa lawatan itu, Trudeau dijadualkan bertemu dengan Zelensky. Kedua-dua pemimpin juga akan mengambil bahagian mesyuarat G7 dalam talian untuk membincangkan keadaan di Ukraine.

Berita berkaitan
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
AS umum bantuan keselamatan $270 juta kepada Ukraine
July 23, 2022· Dunia
Dewan Rakyat rakam ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17
July 18, 2022· Isu semasa
Pesawat kargo Ukraine terhempas di Greece
July 17, 2022· Dunia
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Payudara bengkak selepas suntikan Pfizer, bukan membesar: Laporan
July 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok