Perisik Britain kata andaian Covid-19 dari makmal Wuhan ‘boleh diterima’

May 31, 2021 · Dunia

Agensi perisikan Britain kini yakin andaian bahawa virus Covid-19 mula tersebar dari makmal di China ‘boleh diterima’, sekali gus mendorong menteri yang bertanggungjawab terhadap program vaksinasi di United Kongdom (UK), Nadhim Zahawi menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan siasatan rapi.

Sehingga kini, asal usul virus pembunuh itu masih menjadi topik yang hangat dibincangkan di mana sesetengah saintis dan ahli politik mendakwa Covid-19 tersebar selepas berlaku kebocoran makmal di Wuhan, China.

Agensi perisikan Barat termasuk Britain pada awalnya menganggap andaian bahawa virus itu tersebar selepas bocor di makmal sebagai ‘terpencil’, di mana penyelidik mengkaji virus Corona pada kelawar, termasuk sejenis virus yang ada kaitan dengan Covid-19.

Namun, selepas dinilai semula, andaian bahawa virus itu tersebar selepas bocor dari makmal di China kini ‘boleh diterima’, lapor Sunday Times yang memetik sumber.

Institut Virologi Wuhan, China terletak tidak jauh dari titik awal wabak iaitu Pasar Makanan Laut Huanan di Wuhan, di mana virus itu pertama kali muncul pada 2019 sebelum menjadi pandemik di seluruh dunia.

Setakat ini, lebih 160 juta penduduk dunia dijangkiti virus berkenaan dan sekurang-kurangnya 3.5 juta dilaporkan meninggal dunia.

China tidak menyatakan apa-apa pendirian susulan siasatan bebas atas tuduhan virus Covid-19 itu bocor dari makmal bio Wuhan, tetapi menolak andaian virus berkenaan berasal dari negara itu.

“Mungkin ada banyak bukti yang membawa kita ke satu arah, dan bukti yang membawa kita ke arah lain pula. Apapun orang China akan tetap berbohong dan saya rasa kita tidak akan pernah tahu hal sebenar,” kata sumber perisikan Barat yang biasa dengan pembabitan UK dalam siasatan itu.

Sunday Times juga melaporkan sumber sebagai berkata pengumpulan data ditumpukan kepada merekrut pihak tertentu di China menerusi ‘laman web gelap’ di mana mereka boleh menyalurkan maklumat secara sulit tanpa bimbang ditangkap.

Bercakap kepada Sky News hari ini Zahawi mendesak WHO melakukan siasatan penuh asal usul virus Covid-19, tanpa dikenakan sebarang sekatan oleh mana-mana pihak.

Zahawi berkata adalah penting WHO dibiar menjalankan siasatan tanpa gangguan bagi memahami lebih mendalam bagaimana wabak itu bermula.

Ahli Parlimen Konservatif, Tom Tugendhat pula berkata tindakan berdiam diri Wuhan adalah sesuatu yang membimbangkan dan dunia sepatutnya bekerjasama memulakan siasatan demi menjamin keselamatan pada masa depan.

Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengarahkan badan perisikan negara itu untuk meningkat usaha menyiasat penularan Covid-19 dan melaporkan semula kepadanya dalam tempoh 90 hari, di tengah-tengah kontroversi yang meningkat mengenai asal usul virus itu dari makmal di Wuhan.

Arahan beliau susulan penemuan perisikan AS mengenai laporan beberapa penyelidik di Institut Virology Wuhan, jatuh sakit pada November 2019 dan perlu dimasukkan ke hospital – perincian baharu yang mendorong masyarakat memberi tekanan kepada Biden untuk mengarahkan siasatan terperinci mengenai asal usul virus pembunuh itu.

Beijing bagaimanapun mendakwa Covid-19 tercetus di tempat lain di dunia dan China yang pertama melaporkan kes jangkitan virus itu.

Dalam artikel terperinci bertajuk ‘Asal usul Covid: Adakah manusia atau alam membuka kotak Pandora di Wuhan’ diterbitkan di dalam buletin terkenal Atomic Scientists awal bulan ini, penulis dan pengarang British Nicholas Wade membangkitkan beberapa persoalan mengenai asal usul virus Corona itu.

Bukti tersebut menjadikan dakwaan serius bahawa virus SARS2 mungkin dicipta di dalam makmal, tetapi terlepas keluar, tulis Wade merujuk kepada virus SARS-CoV-2 sebagai SARS2.

Awal bulan ini sekumpulan saintis terkemuka UK dan AS menggesa lebih banyak penyelidikan dilakukan bagi menentukan asal usul Covid-19, termasuk teori ‘ia dibebaskan secara tidak sengaja dari makmal di Wuhan’.

Tahun lalu, WHO yang melakukan siasatan singkat terhadap asal usul pandemik itu membuat kesimpulan bahawa risiko kemalangan di makmal Wuhan di mana penyelidikan terhadap virus Corona dilakukan, adalah ‘sangat rendah’.

Tetapi AS, UK dan beberapa negara lain mengkritik siasatan WHO yang dilakukan dengan akses terhad ke atas data asli, sampel dan laporan penuh. Kajian WHO itu pula dibuat dengan kerjasama 17 saintis China, yang mana sesetengah daripada mereka bertugas dengan institusi kerajaan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok