Pakistan, negara Islam kutuk tindakan Israel serbu Masjid Al-Aqsa

August 8, 2022 · Dunia

Pakistan dan negara Islam lain mengecam tindakan Israel menyerbu kompleks Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

“Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan yang dilakukan pendatang Israel di halaman Masjid Al Aqsa dan mendapat perlindungan tentera Israel,” menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Bernama.

“Tindakan provokatif ini secara terang-terangan telah melanggar kesucian Kiblat-e-Awal (kiblat pertama) dan menjejaskan sentimen umat Islam di seluruh dunia.

Insiden sebegini melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan, menjejaskan norma dan amalan antarabangsa.

Sebarang percubaan untuk mengubah sejarah dan undang-undang Masjid Al Aqsa mesti dihentikan,” menurut kenyataan itu.

Sekumpulan pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke kompleks masjid pada Ahad ketika Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza.

Israel telah membunuh 44 orang dan mencederakan lebih 300 orang di Gaza dalam serangan terbarunya.

Qatar, Jordan, Kuwait, Turkiye dan Arab Saudi antara negara yang mengecam serangan Israel ke atas tapak suci Islam itu.

Kementerian Luar Qatar memberitahu bahawa “amalan provokatif Israel adalah sebahagian daripada percubaan berterusan untuk mengubah status sejarah dan undang-undang Masjid Al Aqsa dan untuk memajukan pembahagian sementara masjid”.

Sambil menyeru tindakan antarabangsa, Qatar memberi amaran bahawa “provokasi yang berterusan termasuk pencerobohan baharu Israel di Semenanjung Gaza akan meningkatkan ketegangan dan gelombang keganasan”.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas orang awam dan percubaan untuk melaksanakan ibadat di Masjid Al Aqsa.

“Kami mengulangi gesaan kepada kerajaan Israel untuk tidak membenarkan tindakan sedemikian yang menyasarkan status dan kesucian Al Haram Al Sharif,” menurut Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan.

Menteri Luar Jordan Ayman Safadi berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Proses Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland, mengenai usaha menghentikan pencerobohan Israel di Gaza.

“Menghentikan ketegangan dan memulihkan keamanan mesti menjadi keutamaan global,” katanya.

Safadi berkata “sejarah dan status quo yang sah” mesti dihormati di Baitulmaqdis.

Berita berkaitan
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023· Dunia
Pakistan berdarah, internet disekat susulan protes jalanan
May 11, 2023· Dunia
Seluruh Pakistan bantah penahanan Imran Khan, protes jalanan
May 10, 2023· Dunia
PN kutuk tindakan keji rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin
April 8, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok