Komander tentera, isteri dan anak antara tujuh maut serang hendap

November 14, 2021 · Dunia

Seorang anggota separa tentera India berpangkat kolonel, isteri dan anak lelakinya berusia sembilan tahun, adalah antara tujuh yang terbunuh dalam serang hendap ke atas konvoi tentera di daerah Manipur Churachandpur berdekatan sempadan India-Myanmar semalam.

Serangan pengganas – salah satu yang menyebabkan kematian tinggi dalam kelangan anggota tentera India baru-baru ini – terjadi kira-kira jam 11 pagi ketika konvoi Assam Rifles dalam perjalanan pulang ke kem mereka.

Kumpulan pengganas Manipur – Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan Barisan Pejuang Manipur Naga (MNPF) – mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

Pegawai Pemerintah 46 Assam Rifles, Kolonel Viplav Tripathi, bersama isteri, anak dan beberapa anggotanya dalam perjalanan pulang setelah mengadakan lawatan di kem barisan hadapan di daerah itu.

Sebutir bom IED diletupkan ketika konvoi melalui sebatang jalan kira-kira 50 kilometer dari Churachandpur, sebelum diserang dengan tembakan senjata api.

Sekurang-kurangnya enam anggota separa tentera yang lain turut cedera dalam serangan itu.

Perdana Menteri Narendra Modi mengucapkan takziah dan mengutuk serangan ke atas konvoi Assam Rifles.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas konvoi Assam Rifles di Manipur. Saya memberi penghormatan kepada para askar dan ahli keluarga yang telah terkorban hari ini,” katanya.

Assam Rifles ialah pasukan separa tentera yang beroperasi di bawah kawalan Tentera Darat dan digunakan terutamanya untuk operasi menentang pemberontakan di timur laut, walaupun ia berada di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk tujuan pentadbiran. – Agensi

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok