Indonesia buat ketetapan vaksin Zifivax halal digunakan

October 11, 2021 · Dunia

Majlis Ulama Indonesia (MUI) hari ini memutuskan vaksin Zifivax Covid-19, keluaran syarikat farmaseutikal China, Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutikal Co. Ltd. adalah selamat dan halal digunakan.

CNN Indonesia melaporkan ketetapan itu dimuktamadkan dalam fatwa MUI Nombor 53, Tahun 2021 melibatkan vaksin Covid-19 dari keluaran syarikat berkenaan.

“Vaksin keluaran Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutical itu adalah suci dan halal.

“Vaksin itu boleh digunakan dengan syarat keselamatannya yang dijamin berdasarkan pengesahan ahli lembaga terlibat,” menurut fatwa itu.

Keputusan itu dimeterai selepas MUI mempertimbangkan pelbagai aspek dengan salah satu daripadanya adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan akibat Covid-19.

Selain itu, MUI juga sudah menerima permohonan sijil halal dari vaksin itu, sekali gus memberi lebih keyakinan kepada rakyat beragama islam untuk menggunakan vaksin tersebut.

Dengan itu, pihak MUI memohon kerajaan Indonesia supaya memberikan keutamaan kepada penggunaan vaksin Covid-19 yang halal untuk penduduknya dengan kadar maksimum.

Sebelum ini, Badan Pengawasan Ubatan dan Makanan (BPOM) Indonesia meluluskan penggunaan suntikan vaksin Zifivax untuk kecemasan.

Ketua BPOM, Penny Lukito memaklumkan kadar keberkesanan vaksin tersebut dapat mencapai sehingga 81.7 peratus dalam mencegah daripada jangkitan Covid-19.

Indonesia semalam dalam tempoh 24 jam melaporkan 894 kes baharu dan 39 kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan angka kes di Republik itu mencapai lebih 4.2 juta dengan 142,651 kematian sejak Mac tahun lalu.

Berita berkaitan
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Harimau Malaya berjaya ikat China 1-1
September 9, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Briged Al-Qassam cabar Israel serang habis-habisan jika berani
May 13, 2021
Jemaah umrah antara 104 kes positif varian Omicron di Thailand
December 23, 2021
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok