Gempa 7.2 magnitud gegar Sumatera Utara

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 berlaku di barat daya Pulau Sumatera Utara, hari ini.

Gempa bumi kuat berukuran 7.2 magnitud berlaku di barat daya Pulau Sumatera Utara, Indonesia, dan boleh dirasai hingga ke Padang, Sumatera Barat.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.

Menurut BMKG, gempa itu berlaku jam 1.33 tengah hari waktu Indonesia barat, berpusat di 141 kilometer barat daya Nias Barat-Sumatera Utara, pada kedalaman 19 kilometer di dasar Lautan Hindi.

BMKG kini memantau kejadian itu yang dibimbangi boleh mencetuskan gempa susulan.

Hingga kini belum ada laporan kesan kerosakan yang timbul akibat gempa bumi tersebut.

POPULAR