Barat Indonesia dilanda gempa bumi kuat

April 25, 2023 · Dunia

Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Selasa dan berpotensi mencetuskan tsunami selain memaksa ribuan penduduk melarikan diri dari kawasan pantai.

Gegaran kuat dikesan di barat Sumatera Barat dan menimbulkan kebimbangan dikalangan orang ramai.

Gempa bumi itu berlaku pukul 3 pagi (waktu Jakarta) pada Selasa (2000 GMT Isnin) dengan pusat gempa berada 177 kilometer (km) barat laut daerah Kepulauan Mentawai dan kedalaman 84 km di bawah dasar laut, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu, menurut laporan Bernama.

Lebih 2,000 penduduk telah melarikan diri dari kawasan pantai, menuju ke kawasan lebih tinggi di daerah Siberut Barat dan Siberut Utara di daerah Kepulauan Mentawai, kata ketua unit kecemasan dan logistik agensi pengurusan dan mitigasi bencana daerah Mentawai, Amir Ahmari.

“Gegaran kuat turut dirasai di daerah kecil Siberut Barat dan Siberut Utara. Penduduk bergegas ke kawasan yang lebih tinggi,” kata Ahmari ketika dihubungi Agensi Berita Xinhua.

Setakat ini tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, namun penilaian risiko maih dilakukan, katanya.

Sementara itu, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara, Abdul Muhari, berkata berdasarkan pemerhatian visual tiada kecederaan, kemalangan jiwa dan kerosakan selepas gempa itu.

Ketua agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik Dwikorita Karnawati berkata permukaan air telah meningkat 11 sentimeter dan agensi itu meramalkan kenaikan tidak melebihi 0.5 meter.

Berita berkaitan
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Kerajaan boleh dedah perjanjian dengan Indonesia dalam PSC, cadang Khairy
August 22, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Trump mengaku tak bersalah atas 37 pertuduhan
June 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok