Dua pertiga lelaki dunia mati pada usia muda, berbanding wanita

November 3, 2021 · Dunia

Satu kajian baharu yang dijalankan mendapati golongan lelaki lebih cenderung meninggal dunia pada usia remaja berbanding wanita.

The Guardian melaporkan, kajian itu memberi amaran berkenaan jurang jantina dalam angka kematian bagi golongan umur tersebut yang semakin meningkat di kebanyakan negara.

Pada 2019, golongan lelaki yang berumur 10 hingga 24 tahun menjadi penyumbang utama kepada hampir dua pertiga purata itu, merangkumi 61 peratus daripada kes kematian di peringkat dunia.

Sejak tahun 1950, angka kematian melibatkan golongan lelaki berumur 10 hingga 24 menurun sebanyak 15.3 peratus.

Jumlah peratusan itu jauh ketinggalan berbanding kenaikan kadar kematian wanita yang semakin menurun sebanyak 30 peratus.

Sebelum ini, perbezaan paling tinggi direkodkan di Amerika Latin dan Carribean, menyaksikan angka kematian untuk golongan lelaki berumur 20 hingga 24 tahun adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Melalui kajian tersebut, faktor utama melibatkan keganasan serta konflik antara pendorong kematian golongan lelaki berumur 15 ke 24 tahun di rantau itu, manakala sepanjang 20 tahun lalu hanya terdapat sedikit atau tiada kenaikan dalam kematian bagi golongan umur ini.

Penyebab utama kematian golongan lelaki pada tahun 2019 adalah berbeza mengikut faktor umur dan negara masing-masing.

Manakala bagi remaja lelaki berumur 10 ke 14 tahun, banyak kes kematian disebabkan oleh kemalangan, sementara hampir di semua negara kecuali di negara berpendapatan tinggi yang menunjukkan penyakit kanser sebagai pembunuh utama.

Di Asia Selatan dan sub-Sahara Afrika pula, kematian dilaporkan disebabkan pengambilan makanan atau air tercemar menjadi faktor utama bagi golongan lelaki dalam umur tersebut.

Sementara itu, bagi golongan lelaki berumur 15 hingga 24 tahun pula, punca kematian adalah disebabkan oleh kecederaan pengangkutan yang dilaporkan di seluruh dunia.

Hasil kajian itu mendapati, ketidaksamaan jantina yang semakin meluas di kebanyakan negara di dunia didorong oleh kelemahan dalam menangani sebab utama kematian bagi golongan lelaki. – Agensi

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Seorang warga Syria didakwa melakukan khianat bakar bilik hotel
November 10, 2023· Isu semasa
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok