‘Dua anak saya sedang main, kena bom Israel, syahid’

May 12, 2021 · Dunia

Ketika orang lain sedang membuat persiapan untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan berbuka puasa pada hari-hari terakhir Ramadan, saudara kita di Palestin pula memegang keranda anak-anak mereka yang dibunuh kejam rejim Zionis Israel. Tidakkah itu membuat hati kita luka dan berdarah.

Setakat ini 24 warga Palestin, termasuk sembilan kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU) terbunuh, selepas rejim Zionis Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak semalam hingga hari ini.

Rejim pengganas itu sejak Isnin hingga tengah hari tadi dilaporkan mengebom apartment di kawasan padat penduduk di Semenanjung Gaza menyebabkan 106 penduduk cedera.

Antara yang maut adalah dua beradik masing-masing berusia tujuh, Marwan dan Ibrahim, 11 tahun dari Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza. Tujuh lagi dilaporkan maut dalam serangan sama.

“Anak saya sedang bermain dengan sepupunya di hadapan rumah ketika seorang lelaki bermotosikal yang menjadi sasaran rejim Israel melintas berhampiran sebelum letupan berlaku.

“Kedua-dua anak saya terpelanting dan syahid.

“Saya tidak dapat mencari alasan sama sekali walau apapun dengan menyasar seseorang yang melalui kawasan kejiranan di mana ramai kanak-kanak sedang bermain,” kata bapa kanak-kanak berkenaan, Youssef al-Masri.

Youssef tidak mempunyai anak lain selain Ibrahim dan Marwan.

Seorang ahli keluarga melihat jenazah Ibrahim, 11, dan adiknya Marwan, 7, yang terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis Israel di utara Semenanjung Gaza, semalam. – Gambar Twitter

Sebelum ini, kedua-duanya suka bermain di jalan berhampiran rumah mereka sementara menunggu untuk berbuka puasa, kata Youssef.

“Realitinya kita tahu sejak berdekad lalu bahawa rejim Zionis Israel mengekalkan imej biasa mereka iaitu membunuh kanak-kanak, wanita dan oranga awam yang tidak bersenjata,” katanya.

Sementara itu, Marwa al-Masri memberitahu dua serangan udara rejim Israel menyasarkan sebuah keluarga yang sedang bersiap untuk berbuka puasa.

“Saya dalam perjalanan pulang dari kerja apabila dua letupan menggegarkan kejiranan. Debu berterbangan dan bau darah memenuhi tempat itu seketika, sementara kanak-kanak terpelanting di tepi jalan dalam keadaan berdarah.

“Saya melihat sepupu saya memeluk anaknya sambil menjerit. Semua ini berlaku dalam sesaat sahaja,” katanya yang kehilangan lima anggota keluarga dalam serangan itu.

Marwa berkata, rejim penjajah Israel mempraktikkan keganasan demi keganasan terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza sejak 1948 – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok