China digesa siar laporan perubatan tiga pekerja makmal Wuhan sakit

June 6, 2021 · Dunia

Dr Anthony Fauci, Ketua Penasihat Perubatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menggesa China mengeluarkan laporan perubatan pekerja makmal Wuhan yang jatuh sakit dan mempunyai simptom seakan Covid pada November 2019.

Tiga pekerja di Institut Virologi Wuhan, yang mengendalikan penyelidikan berkaitan virus corona, dilaporkan dirawat di hospital kerana mempunyai simptom berkenaan lebih tiga bulan sebelum China memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai penularan wabak baharu.

Rekod perubatan mereka boleh menjadi bukti penting sama ada Sars-Cov-2 – virus yang menyebabkan Covid-19 – datang daripada kebocoran di makmal berbanding dari pasar makanan laut Wuhan.

Dr Fauci yang juga Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS memberitahu Financial Times bahawa China sepatutnya mengeluarkan rekod perubatan kakitangan terbabit bersama dengan enam pelombong yang jatuh sakit pada tahun 2012 setelah memasuki gua kelawar.

“Saya ingin melihat rekod perubatan tiga pekerja makmal itu yang dilaporkan jatuh sakit pada 2019. Adakah mereka benar-benar sakit dan jika betul, kenapa mereka jatuh sakit?

“Sama juga dengan pelombong yang jatuh sakit beberapa tahun lalu. Apakah yang dikatakan oleh laporan perubatan mereka? Adakah wujud virus dalam badan mereka? Apakah virus itu?

“Tidak dapat dibayangkan bahawa asal usul Sars-Cov-2 ada di gua itu dan mula tersebar secara semula jadi atau melalui makmal,” katanya.

Idea mengenai kebocoran virus itu di dalam makmal akhir-akhir ini dianggap sebagai teori pinggiran, walaupun didorong oleh tokoh kanan dalam pentadbiran Donald Trump sebelum ini.

Laporan awal WHO berkaitan asal usul Covid-19 menyatakan kebocoran dalam makmal adalah ‘sangat tidak mungkin’.

Siasatan yang dijalankan dengan campur tangan ketara China, kemudiannya telah dikritik hebat, termasuk oleh Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Laporan mengenai tiga pekerja Wuhan dimasukkan ke hospital menghidupkan semula teori kebocoran makmal. Bulan lalu, Biden mengarahkan komuniti perisikan AS untuk menggandakan tugas menjejak asal usul virus itu dan melaporkan kepadanya dalam tempoh 60 hari. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok