Bekas isteri Trump meninggal dunia disyaki jatuh tangga

July 16, 2022 · Dunia

Ivana Trump, bekas isteri Donald Trump, meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian perut, kata ketua forensik bandar raya New York dan memutuskan bahawa kematiannya adalah akibat kemalangan.

Paramedik Manhattan menemui wanita berusia 73 tahun itu di pangsapuri Upper East Side selepas menerima panggilan kecemasan akibat serangan jantung pada Khamis. Ivana Trump diisytihar meninggal dunia pada tengah hari berkenaan, lapor Bernama.

Pejabat forensik tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara yang menyebabkan kecederaan sehingga membawa maut itu, lapor United Press International (UPI) yang dipetik CBS News.

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan Bandar Raya New York memberitahu NBC News, kematiannya disyaki akibat terjatuh tangga di pangsapurinya.

Sumber berkata kematiannya tidak dikategorikan sebagai mencurigakan.

Ivana Trump adalah isteri pertama kepada bekas presiden Donald Trump dan pasangan itu dikurniakan tiga anak, Donald Trump Jr., Eric Trump dan Ivanka Trump.

Beliau bercerai dengan Trump pada 1992.

Berita berkaitan
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
ADUN Jepak di Sarawak meninggal dunia: Laporan
September 15, 2023· Isu semasa
Bekas Ahli Parlimen Jasin meninggal dunia
August 29, 2023· Isu semasa
MB Kedah ziarah Allahyarham Salahuddin di hospital
July 23, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok