AS pecah rekod, catat lebih setengah juta kes baharu Covid-19

December 31, 2021 · Dunia

Dengan lebih 580,000 kes positif Covid-19, Amerika Syarikat (AS) memecahkan rekodnya sendiri pada Khamis, mengatasi jumlah kes tertingginya sehari sebelum itu.

Menurut pangkalan data The New York Times, negara itu mencatat 488,000 kes baharu pada Rabu, hampir dua kali ganda daripada jumlah tertinggi berbanding musim sejuk lalu, tetapi meningkat kepada lebih 580,000 pada Khamis.

Peningkatan jumlah jangkitan baharu setiap hari adalah petanda bahawa virus Covid-19, terutama varian Omicron dan Delta, menular dengan pantas, tatkala dunia memasuki tahun ketiga pandemik.

Kemasukan ke hospital dan kematian bagaimanapun, tidak mengikut rentak peningkatan, satu lagi petanda bahawa varian Omicron membawa jangkitan ringan, berbanding Delta yang menyebabkan jangkitan teruk.

Dalam dua minggu lalu, kematian menurun sebanyak lima peratus, dengan purata kes harian sebanyak 1,221, manakala kemasukan ke hospital meningkat hanya 15 peratus kepada purata 78,781 pesakit sehari.

Di beberapa negara, syarikat penerbangan membatalkan beribu-ribu penerbangan, menyebabkan bakal pengembara terkandas, manakala yang lain menunggu dalam barisan selama berjam-jam untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS berkata mereka sedang memantau 86 kapal persiaran yang telah melaporkan kes Covid-19.

Majoriti rakyat Amerika, atau 62 peratus daripada populasinya telah lengkap divaksinasi, termasuk 68.8 juta yang telah menerima dos penggalak, menurut pangkalan data The New York Times.

Walaupun beberapa data dari negara lain menunjukkan jangkitan varian Omicron adalah kurang, masih terlalu awal untuk mengukur kesannya di seluruh AS, terutama memandangkan kadar vaksinasinya yang tidak sekata, kata Pengarah CDC Rochelle Walensky.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok