Sultan Johor ingatkan jangan jadikan DUN sebagai sangkar beruk

August 12, 2021 · Isu semasa

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah baginda tidak ragu-ragu untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika ada usul yang menganggu-gugat kerajaan yang ada hari ini.

Baginda juga memberi amaran agar DUN Johor tidak dijadikan sangkar beruk dengan perbalahan di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak langsung membantu rakyat tang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Awak semua jangan pentingkan diri sendiri. Rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak Covid-19.

“Ini bukan masanya untuk berbalah tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama. Jangan tanya kepada orang lain, apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat tetapi lihatlah, cermin muka sendiri.

“Ingin juga saya ingatkan bahawa Dewan Negeri ini adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk.

“Ini adalah Dewan yang mulia, bukan Dewan sangkar beruk. Ingat pesanan saya tuan speaker. Jalankan keja baik-baik,” titah baginda ketika perasmian persidangan keempat Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.

Dalam menasihatkan semua 56 ADUN mementingkan nasib rakyat, Sultan Ibrahim turut mengingatkan baginda tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sampai menganggu-gugat negeri dan kerajaan Johor.

“Jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan saya sekarang, maka saya tidak teragak-agak untuk membubarkan Dewan Negeri Johor. Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingaan rakyat,” titah baginda.

Baginda bertitah setelah wabak Covid-19 ini terkawal rakyat boleh memilih ahli dewan yang baharu.

“Selepas ini, pilihlah yang betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titah baginda.

Persidangan ditangguhkan ke Ahad depan.

 

Berita berkaitan
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Titah Sultan Johor bukti kenyataan PMX dalam isu kalimah Allah tak betul: PEMBELA
May 25, 2023· Isu semasa
RUU Anti Lompat Parti akan dibentang pada sidang DUN Sabah: Hajiji
May 21, 2023· Politik
Hina Sultan Johor dalam media sosial, seorang lelaki ditahan
April 25, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok