Akur dengan nasihat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, misi Humanitarian Mission 4 Palestin (HM4P) yang lebih sebulan berada di Jordan dan Mesir, ditangguhkan atas faktor keselamatan. Penyerahan bakul makanan HM4P disalurkan oleh anggota Cinta Gaza Malaysia yang beroperasi di Gaza. Mereka menyerahkan pemberian bakul makanan tersebut kepada pelarian Palestin di Kampung Badwi di utara Gaza dan Kem Pelarian As-Syati’ di Bandar Gaza pada 18 Julai, 2021.