Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor

December 5, 2023 · Isu semasa

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor berjaya menumpaskan sindiket ‘pasport terbang’ yang didalangi seorang wanita tempatan, dalam satu serbuan di Taman Nusa Bestari di sini, semalam.

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata wanita berusia 47 tahun itu, disyaki menjadi dalang utama sindiket pemalsuan dokumen berkenaan, dengan mengenakan bayaran sebanyak RM400 hingga RM500, bagi setiap pasport yang dibuat, lapor Bernama.

Beliau berkata serbuan kira-kira 6 petang itu, dilakukan hasil risikan selama dua minggu oleh Unit Risikan Bahagian Penguat Kuasa, yang mendapati sindiket terbabit telah beroperasi sejak dua atau tiga bulan lepas.

“Kita turut menahan seorang lelaki warga China berusia 34 tahun di sebuah petak parkir, yang dipercayai turut terlibat dalam sindiket tersebut.

“Selain itu, sebuah kereta jenis Toyota Mark X berwarna putih turut disita dan lima pasport China serta wang tunai berjumlah RM12,100 turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata kedua-dua individu terbabit, ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen (1959/63) dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 (Akta 150) kerana tanpa kuasa yang sah, ada dalam milikannya mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaan seseorang selain dirinya sendiri.

“Kita memandang serius terhadap kegiatan sindiket yang mengaut keuntungan dengan memalsukan dokumen berkaitan jabatan.

Justeru, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mengupah atau bersubahat melindungi pendatang asing,” tegasnya.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Polis rampas dadah RM3.1 juta disimpan dalam kereta
October 18, 2023· Isu semasa
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Pahang tangguh buka semula Tioman, Genting Highlands
September 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok