Harga ayam dan telur stabil, kerajaan pertimbang lepaskan kawalan harga: PMX

October 13, 2023 · Isu semasa

Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi semua dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan tersebut di pasaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman berkenaan langkah konkrit akan diperincikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu tempoh dua minggu ini, lapor Bernama.

“Sejak Februari 2022, soal subsidi telur dan ayam yang dulu hanya diperkenalkan semasa musim perayaan, tetapi sekarang berterusan dengan tanggungan kerajaan sejak itu ialah sebanyak RM3.8 bilion untuk subsidi telur dan ayam ini termasuk untuk golongan kaya dan orang asing.

“Sekarang kebetulan harga ayam dan telur mulai stabil dan oleh demikian kerajaan menimbang supaya diapungkan berdasarkan harga yang lebih rendah daripada harga apungan kerajaan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah berunding dengan pihak pengeluar dan memastikan tidak ada kenaikan yang tidak munasbah oleh syarikat dan peniaga,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan akan terus menambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar mengikut tahap penggunaan elektrik dan berharap keputusan itu memberi isyarat tepat kepada pengguna untuk mempraktikkan kecekapan tenaga serta amalan berjimat cermat dalam penggunaan elektrik seharian.

Anwar berkata kerajaan juga bersetuju meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta, selain pengecualian bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan berhasrat merasionalisasikan subsidi diesel secara berfasa bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan.

Beliau berkata ini kerana menurut data penggunaan, jualan diesel bersubsidi meningkat sehingga 40 peratus sejak 2019 sedangkan jumlah kenderaan menggunakan diesel hanya meningkat kurang tiga peratus yang memberi makna wujud kemungkinan aktiviti penyeludupan yang serius akibat harga diesel Malaysia yang murah.

“Secara konsepnya harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barang sementara pengguna lain akan dikenakan harga lebih tinggi, sekali gus dapat mengurangkan ketirisan subsidi tetapi pada masa yang sama mengurangkan impak harga barangan untuk rakyat,” kata beliau.

Sebagai langkah penguatkuasaan, Anwar berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melaksanakan langkah kawalan ketat dan menyeluruh, di samping memperkukuh kapasiti dan fungsi Suruhanjaya Pesaingan Malaysia (MyCC) dengan peruntukan RM10 juta.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Senja pilu di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam
July 17, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok