PBT Perak dapat peruntukan tambahan daripada KPKT, umum Kor Ming

September 25, 2023 · Isu semasa

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak.

Menterinya Nga Kor Ming berkata sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan, yang dijangka siap tahun ini, lapor Bernama.

“Peruntukan ini akan menjadikan bandar raya Ipoh lebih selamat memandangkan kawasan yang terang kadar jenayahnya pun kurang.

“Sumbangan RM10,000 turut diberikan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk menggantikan kelengkapan pejabat termasuk penyaman udara yang rosak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Panggong Silver Star dan Pesta Tanglung Kampung Simee 2023 semalam.

Pada 4 Sept lepas, Nga mengumumkan KPKT meluluskan sejumlah peruntukan bernilai RM68 juta kepada 15 PBT di Perak menerusi Peruntukan Pembangunan BP1 merangkumi projek bina baharu kemudahan, menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam.

Dalam pada itu, beliau berkata Pesta Tanglung Kampung Simee 2023 yang berjaya menarik lebih 15,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini akan dimasukkan ke dalam acara rasmi Tahun Melawat Perak 2024.

“Petang tadi saya telah berbincang dengan Exco Pelancongan Perak dan beliau setuju supaya pesta tanglung ini dimasukkan sebagai acara rasmi Tahun Melawat Perak.

“Saya rasa ini satu penonjolan kepelbagaian budaya yang sangat menarik khususnya untuk pelancong negara asing,” katanya.
Menurut Nga projek pembangunan semula warisan sejarah Panggong Silver Star yang dahulunya dikenali Happy Cinema pada sekitar 1950-an pula dapat mewujudkan sebuah lagi destinasi pelancongan warisan di bandar raya ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
7 jenis makanan untuk tingkatkan imunisasi badan
September 25, 2021
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok