Bebas perasuah 47 kes bukan contoh baik bagi sistem keadilan negara: Muhyiddin

September 13, 2023 · Politik

Tindakan kerajaan campuran menerusi Peguam Negara yang baharu menghentikan 47 kes rasuah dihadapi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan satu contoh yang baik bagi sistem keadilan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata keyakinan pelabur terhadap usaha yang kononnya mahu membasmi rasuah juga meleset ekoran tindakan kerajaan campuran yang masuk campur dalam urusan perundangan negara, ia ekoran langkah Peguam Negara baharu dilantik kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meneruskan prosiding kes rasuah Zahid.

“Antara perkara utama yang mesti dilaksanakan untuk menarik pelabur asing ialah memastikan sistem keadilan di negara kita benar-benar bebas daripada campurtangan pemerintah.

“Berita pelepasan seorang pemimpin kanan kerajaan daripada 47 tuduhan rasuah atas arahan peguam negara selepas dia dipanggil membela diri di mahkamah bukanlah satu contoh yang baik mengenai kebebasan sistem keadilan di Malaysia.

“Kita dilihat oleh pelabur asing sebagai setaraf dengan negara-negara dunia ketiga yang digelar sebagai negara penyangak atau ‘the rogue state’,” katanya semasa perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 4 September lalu, Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Ekoran tindakan tersebut, Majlis Peguam menyifatkan kenyataan AGC mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan Zahid sebagai tidak mempunyai justifikasi sewajarnya.

Presidennya, Karen Cheah, dilaporkan berkata adalah tidak wajar bagi Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mengaitkan penarikan balik sepenuhnya kes Zahid itu kepada Mahkamah Tinggi dan menggunakannya sebagai alasan dalam kenyataan media daripada memberikan penjelasan terperinci.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) juga mengemukakan usul meminta sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat bagi memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan melepaskan Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah berkait Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar dibawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal semalam.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Isu sokong Anwar tak dijawab, Najib bidas pula pemimpin UMNO obses PRU
May 10, 2021
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Armada Bersatu lapor polis maklumat siasatan bocor melibatkan Menteri UMNO
April 12, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok