Erdogan ajak Dr M kerjasama anjur Sidang Kemuncak Istanbul September, Oktober ini

June 22, 2023 · Isu semasa

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menganjurkan Sidang Kemuncak Istanbul seperti yang dianjurkan bekas perdana menteri itu di Kuala Lumpur pada 2019.

Dr Mahathir berkongsi perkara itu dalam satu hantaran di Facebook rasminya awal pagi tadi selepas mengadakan pertemuan selama sejam dengan Erdogan di Kompleks Presiden di Ankara, semalam.

Erdogan mencadangkan agar penganjuran Sidang Kemuncak Istanbul yang akan mengetengahkan isu hal ehwal negara Islam itu diadakan pada September atau Oktober ini.

“Erdogan kemudian mencadangkan Sidang Kemuncak Istanbul diadakan sama ada pada September atau Oktober tahun ini yang dipersetujui Dr Mahathir,” kata kenyataan yang dikongsi dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook Dr Mahathir.

Penganjuran Sidang Kemuncak KL pada tahun 2019 diterajui Dr Mahathir selaku pengerusi yang disertai 450 perwakilan dari 56 negara Islam dalam kalangan pemimpin negara, pemikir, cendekiawan, ahli politik juga pemimpin masyarakat.

Dalam kenyataan itu juga Dr Mahathir akui Turkiye boleh menjadi negara contoh kepada negara Islam lain susulan perkembangan pesat serta kemajuan negara itu dalam pelbagai bidang.

“Terdapat juga banyak perbincangan mengenai nasib umat Islam dan keperluan untuk membantu umat Islam dan negara mereka yang menghadapi kesukaran dan peperangan,” katanya.

Turut hadir ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan isteri Erdogan, Emine Erdogan.

Berita berkaitan
Dituduh rancang haramkan UMNO, Mahathir tuntut bukti
July 20, 2023· Politik
Malaysia negara pelbagai kaum, tidak perlu dibahas : Muhyiddin
July 15, 2023· Politik
Kayakan anak, kroni : Tuduhan Anwar tiada bukti, kata Mahathir
July 7, 2023· Isu semasa
DAP mahu jadikan Malaysia negara sekular, berbagai kaum: Mahathir
July 3, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
7 jenis makanan untuk tingkatkan imunisasi badan
September 25, 2021
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok