China diserang varian baharu Omicron BF.7 lebih berbahaya

December 31, 2022 · Dunia

Apabila China mengurangkan sekatan di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19, pakar bimbang sama ada BF.7 – varian yang dominan di negara tembok besar itu – boleh membawa masalah baharu kepada dunia.

Subvarian BF.7, yang berasal daripada varian BA.5, kali pertama dikesan di dunia pada Julai 2022, sangat mahir dalam mengelak imuniti dan dipercayai memacu lonjakan semasa China, sekali gus mendorong banyak negara, termasuk Malaysia, untuk memeriksa suhu badan pelancong yang memasuki pintu sempadan masing-masing.

Walaupun penambahan kes di China dikaitkan dengan BF.7, ia tidak menyebabkan lonjakan di negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), Denmark, Jerman, Perancis dan India.

“Apa yang saya bimbang, secara jujur, adalah – dengan lonjakan besar kes di China – potensi untuk varian baharu berkembang dalam konteks itu yang mungkin lebih tahan terhadap rawatan semasa dan imuniti. Dan itu boleh tersebar di seluruh dunia,” kata Dr David Hamer dari Pusat Perubatan Boston. “Tetapi, anda tahu, masa akan menentukan.”

Menurut covSpectrum.org, laman web khusus untuk membantu saintis menyiasat dan mengenal pasti varian Covid-19, BF.7 turut dikesan di Malaysia pada Ogos dan September tahun ini melibatkan Selangor, Pahang dan Melaka.

Gejalanya serupa dengan varian lain seperti hidung berair, batuk dan cirit-birit.

Laporan dari China menunjukkan, subvarian itu mempunyai kadar penularan yang sangat tinggi, dengan kebolehjangkitan asas (R0) lebih daripada 10.

Purata R0 bagi varian Omicron lain adalah sekitar lima. Semakin tinggi angka R0, semakin tinggi kebolehjangkitannya.

Memetik FMT, pakar virologi Universiti Sains Malaysia, Dr Kumitaa Theva Das, bagaimanapun berkata, R0 tinggi BF.7 di China mungkin disebabkan oleh tahap imuniti yang lebih rendah di negara itu.

“Berdasarkan bukti semasa, tiada tanda peningkatan keterukan (penyakit) yang dikaitkan dengan BF.7 jika dibandingkan dengan varian lain,” katanya.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak meletakkan subvarian Omicron itu di bawah pemantauan. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok