Selepas ucapan Zahid, Mufti Perlis bimbang Malaysia jadi ‘syurga rasuah’

October 13, 2022 · Politik

Selepas tular kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan MIC baru-baru ini, Mufti Perlis melahirkan kebimbangan jika selepas ini negara akan menjadi ‘syurga rasuah’.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak percaya kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang Presiden UMNO yang mengesahkan tujuan pilihan raya diadakan adalah semata-mata untuk menyelamatkan diri masing-masing daripada kesalahan dilakukan dan bukannya demi rakyat.

“Terkesima mendengar, bagaimana secara terang orang politik boleh mengaku tujuan untuk menang PRU (pilihan raya umum) adalah bagi mengelakkan kes rasuah mereka dibicarakan di mahkamah,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Walaupun Asri tidak secara jelas menamakan individu dimaksudkannya dalam ciapan tersebut, namun baru-baru ini tular satu video ucapan Zahid di hadapan penyokong parti Barisan Nasional (BN)yang seakan memberi gambaran senario buruk bakal dihadapi pemimpin mereka jika kalah pada PRU-15 nanti.

Zahid semasa ucapan tersebut berkata jika BN kalah pada PRU-15, situasi lebih buruk bakal dihadapi berbanding semasa PRU-14 lalu dan tidak menolak bakal didakwa di mahkamah nanti jika kalah pilihan raya.

Menurut Asri lagi, jika senario tersebut berlaku apabila BN menang besar, dibimbangi nanti Malaysia bakal menjadi ‘syurga rasuah’.

“Jika itu berlaku, negara ini akan jadi syurga rasuah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, selepas kenyataan itu menjadi tular, Zahid tampil menafikan kononnya ucapan tersebut “diputar belit” untuk mengelirukan orang ramai.

Kata Ahmad Zahid, ucapannya itu sebenarnya merujuk kepada pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih di mahkamah.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok