Pernah ada ketetapan dibuat UMNO bagi pemimpin didakwa di mahkamah: Annuar

September 3, 2022 · Politik

Terdapat ketetapan sebelum ini pernah dibuat UMNO berhubung pemimpin parti yang berdepan pendakwaan di mahkamah, kata Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata ketetapan itu sudah berjalan sejak lebih 10 tahun ketika Datuk Seri Najib Razak dilantik menjadi Perdana Menteri sejak 2009, dimana pemimpin UMNO boleh digantung jawatan masing-masing jika didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata ketetapan itu tidak dikuatkuasakan Majlis Tertinggi (MT) buat masa ini dan untuk rekod, Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sedang berdepan pendakwaan di mahkamah.

“Majlis Kerja Tertinggi UMNO ada buat keputusan sewaktu Najib baru mengambil alih (menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO), ada satu ketetapan dibuat, kalau ada yang didakwa di mahkamah kena gantung daripada jawatan masing-masing.

“Namun, ketika ini MKT UMNO tidak menguatkuasakan perkara itu. Saya sebagai anggota akan mematuhi parti. Hal dasar ini diputuskan oleh MKT dan PAU,” katanya dipetik laporan BH.

Annuar terdahulu melancarkan Program PerantiSiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar mengakui tidak mengetahui secara terperinci sekiranya ketetapan itu masih terpakai di peringkat parti.

Tegasnya, hanya kepemimpinan tertinggi UMNO yang mempunyai kuasa melaksanakan dasar parti dapat menjawab berhubung pendirian terkini terhadap ketetapan itu

“Tidak wajar untuk saya komen. Saya sebagai bekas Setiausaha Agung tiada kuasa. Elok dirujuk kepada penjawat jawatan parti,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini bekas Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang pernah dikenakan tindakan ekoran ketetapan tersebut pernah membangkitkan berhubung soal “double standard” parti itu kerana tidak mengambil tindakan sama apabila melibatkan presiden dan pemimpin tertinggi.

Suhaili berkata parti itu seharusnya menggunakan Fasal 10.10 terhadap pemimpin parti yang berdepan dengan pendakwaan mahkamah seperti berlaku pada dirinya pada 2009.

“Ini maknanya UMNO ‘double standard’ sebab peraturan itu digunakan kepada semua. Peraturan ini digunakan pada 2009. Adil atau tidak kepada ahli lain?” kata Suhaili seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

“Apakah peraturan itu hanya kepada rakyat marhaen macam saya? Kepada ahli Majlis Tertinggi, setiausaha dan presiden bagaimana?” katanya dipetik laporan media sebelum ini.

Suhaili berkata, kes mahkamah yang dihadapinya pada 2009 tidak melibatkan pertuduhan rasuah, salah guna kuasa atau merompak akan tetapi beliau digugurkan daripada jawatan dan dipecat daripada parti.

Pada April 2009, jawatan Ketua Bahagian yang disandang Suhaili gugur dengan serta merta berikutan pendakwaan mahkamah dihadapinya.

Pada ketika ini, Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok