‘Hang nak tunjuk samseng kat aku, hang tau dak aku sapa’

May 4, 2021 · Isu semasa

Rakaman video yang dipercayai selebriti pelawak, Lan Pet Pet sedang bergaduh dengan pengguna jalan raya lain tular di media sosial.

Video berdurasi 24 saat tersebut telah dimuat naik oleh pengguna Facebook, dan mendakwa Lan melakukan kekerasaan terhadap seorang penghantar makanan.

Dalam insiden itu, Lan memberi amaran kepada lelaki tersebut, dengan peringatan bahawa ‘dia bukan orang biasa’.

“Hang nak tunjuk samseng kat aku, hang tau dak aku sapa,?” katanya dalam dialek Kedah.

Dia kemudiannya ditenangkan oleh tiga pengguna jalan raya yang lain.

Difahamkan video itu dirakam dalam sebuah kenderaan pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, punca kejadian masih belum dipastikan.

Pada April 2019, Lan pernah terbabit dengan insiden mengasari pengawal keselamatan di sebuah pondok pengawal di Nilai, Negeri Sembilan.

Dalam insiden itu Lan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban dan didenda sebanyak RM2,000.

Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Laman web Imigresen kena godam
April 4, 2023
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Solat jemaah rapat saf: Jakim adakan muzakarah, kaji SOP
October 17, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok