Solat jemaah rapat saf: Jakim adakan muzakarah, kaji SOP

October 17, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengkaji prosedur operasi standard (SOP) berkaitan susunan saf ketika solat berjemaah agar ia dapat dirapatkan kembali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad berkata, kajian itu akan dilakukan melalui muzakarah khas pada Rabu ini bagi membincangkan lebih banyak kelonggaran aktiviti masjid dan surau dengan melibatkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

“Ini termasuklah cadangan supaya prosedur operasi standard (SOP) dikaji untuk dibolehkan susunan saf ketika solat berjemaah dapat dirapat kembali,” katanya menerusi kenyataan.

Langkah itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) kelmarin.

Justeru ujarnya, muzakarah pada kali ini bertujuan mendengar taklimat mengenai penilaian risiko semasa Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan membincangkan perubahan SOP.

Semalam, kerajaan Arab Saudi mula membenarkan umat Islam di negara itu menunaikan solat fardu berjemaah dengan kembali merapatkan saf selepas lebih setahun perlu dijarakkan.

Video secara langsung suasana jemaah di Masjidil Haram solat dengan saf rapat disiarkan TV AlHijrah turut tular diperkatakan ramai warganet tempatan yang turut merindui situasi itu.

Bagaimanapun, semua pengunjung termasuk di Masjid Nabawi di Madinah, masih wajib lagi memakai pelitup muka serta lengkap dua dos vaksin dan mendaftar dalam aplikasi ditetapkan.

Mengulas lanjut, Idris berkata, semua ahli muzakarah yang terdiri daripada mufti setiap negeri, ahli-ahli dilantik dalam kalangan pakar telah dijemput hadir memperincikan SOP berkenaan.

Beliau menambah, KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut akan dijemput untuk memberikan pandangan mereka dalam sesi perbincangan muzakarah khas.

“Saya percaya, satu keputusan demi maslahah umum dapat dicapai dan berharap aktiviti di masjid dan surau khasnya solat berjemaah seperti sediakala dengan SOP tertentu,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok