Saya tidak gadai prinsip semata-mata untuk mengekalkan kuasa: Muhyiddin

August 27, 2022 · Politik

Biarpun digasak dengan gangguan politik ke atas beliau ketika menyandang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak pernah tunduk dengan tekanan sedemikian.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin menjelaskan bahawa beliau turut tidak pernah menggadaikan prinsip integriti semata-mata untuk memuaskan hati pihak yang mendesak.

Katanya, beliau teguh dengan perkara itu kerana tahu ia satu perbuatan yang salah.

“Saya tidak perlu mengulas panjang mengenai gangguan-gangguan politik atau pengkhianatan politik terhadap saya dan Kerajaan PN sebelum ini.

“Cukuplah saya katakan bahawa gangguan-gangguan ini berlaku semata-mata kerana saya selaku Perdana Menteri pada waktu itu tidak mahu tunduk kepada kehendak beberapa pihak yang sekiranya saya layan, saya terpaksa menggadaikan prinsip integriti semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

“Saya tidak mahu memilih jalan itu kerana saya tahu itu adalah jalan yang salah,” katanya dalam ucap tama Konvensyen Perikatan Nasional (PN) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin tidak menafikan wujud banyak gangguan politik sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, menurut Muhyiddin lagi, beliau menegaskan bahawa dirinya menepis perkara itu demi meletakkan fokus terhadap usaha-usaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat daripada ancaman Covid-19.

Selain itu, katanya, beliau tidak tunduk dengan desakan dan menggadaikan prinsip integriti juga untuk membantu mereka meringankan beban kehidupan yang amat sukar pada ketika itu.— Artikel Kredit SatuBerita

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok