Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu

August 14, 2022 · Isu semasa

Seorang peninju ‘muay thai’ dari Thailand meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menyertai Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris, Badang, di Kota Bharu, Jumaat lalu (12 Ogos).

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata Kittichai Chaengkhao, 28, menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.57 pagi semalam (13 Ogos) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), selepas menerima rawatan di unit kecemasannya .

“Pada kejohanan itu, mangsa yang berasal dari Chumpong, Thailand, telah tewas kepada peninju muay thai Malaysia, berusia 29 tahun, dari Kelab Tentera Merah Kuala Lumpur.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri itu mula dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira jam 1 pagi , namun kemudian dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II dan meninggal dunia di sana pagi semalam,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis kontinjen negeri, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kemudian dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada jam 8 malam semalam untuk diserahkan kepada waris.

“Berdasarkan siasatan, si mati telah memasuki Malaysia secara sah dan mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Polis juga telah merekodkan kenyataan penganjur kejohanan muay thai mengenai kes itu dan mendapati mereka mempunyai permit untuk mengadakan acara itu,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
ADUN Jepak di Sarawak meninggal dunia: Laporan
September 15, 2023· Isu semasa
Bekas Ahli Parlimen Jasin meninggal dunia
August 29, 2023· Isu semasa
MB Kedah ziarah Allahyarham Salahuddin di hospital
July 23, 2023· Isu semasa
Salahuddin Ayub meninggal dunia
July 23, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok