Hargai pengorbanan guru, kata Muhyiddin

May 16, 2022 · Isu semasa

Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa orang ramai menghargai pengorbanan warga pendidik yang bertungkus lumus dan bekerja keras dalam menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengira apa jua keadaan sekalipun.

Mantan Perdana Menteri itu berkata pengorbanan besar guru khususnya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ancaman Covid-19 adalah sangat penting kerana masih meneruskan tanggungjawab mereka untuk mendidik pelajar walaupun disaat negara diserang virus merbahaya itu.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata, para pelajar pada waktu itu tidak dapat ke sekolah kerana semua sekolah dan institusi pendidikan terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak berbahaya tersebut.

“Bagaimanapun, warga pendidik tidak berdiam diri dan meneruskan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian bagi memastikan murid dan pelajar dapat belajar seperti biasa,” kata Muhyiddin dalam hantaran di akaun Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga telah memperkenalkan DidikTV bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran di rumah terutamanya bagi pelajar luar bandar yang mempunyai akses internet dan peranti terhad.

“Setelah pandemik reda dan murid sudah dapat kembali belajar semula, sebahagian besar sekolah memperkenalkan pula program ‘Catch Up’ kepada murid-murid yang terjejas bagi memastikan mereka tidak jauh ketinggalan atau tercicir dalam pelajaran.

“Sungguh besar pengorbananmu wahai warga pendidik dan tidak mampu dibalas dengan apa juga harta dunia. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala jasa dan khidmat bakti anda selama ini,” ujarnya.

Selain itu, menurutnya, sambutan Hari Guru pada tahun ini akan lebih meriah terutamanya di peringkat sekolah memandangkan negara sudah memasuki fasa peralihan endemik dan sudah tidak ada lagi sekatan untuk mengadakan majlis atau acara sambutan termasuk Hari Guru.

“Gunakanlah peluang ini untuk mengeratkan lagi silaturahhim sesama guru atau dengan anak murid.

“Sempena sambutan Hari Guru, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga pendidik di negara ini atas segala jasa dan pengorbanan mereka mendidik anak bangsa menjadi warga berguna sekali gus menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara,” jelasnya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok