Pelakon filem terkenal sains fiksyen Star Trek, William Shatner bakal berlepas ke angkasa lepas esok, penerbangan itu sepatutnya dijadualkan hari ini tetapi terpaksa ditunda sehari susulan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Daily Mail melaporkan, ikon Star Trek berumur 90 tahun itu akan melakukan pengembaraan ke angkasa lepas dengan roket milik Blue Origin esok, dari Van Horn di Texas pada pukul 8.30 pagi, waktu tempatan.
“Melalui penelitian keadaan angin hari ini, pasukan misi Blue Origin mengambil keputusan untuk menundakan pelancaran roket NS-18 dan menyasarkan perjalanan pada keesokan harinya, pada Rabu, 13 Oktober,” kata jurucakap dari Origin Blue.
Shatner yang memegang watak ‘Kapten Kirk’ dalam filem siri sains fiksyen itu, akan menjadi pelakon Star Trek pertama mengembara ke angkasa lepas sebagai tetamu di roket suborbital milik syarikat hartawan, Jeff Bezos.
Roket NS-18 itu akan membawa Shatner bersama tiga kru, melepasi garisan Karman iaitu sempadan yang dikitiraf antarabangsa sebagai tanda permulaan melepasi ruang angkasa terletak 100 kilometer di atas permukaan bumi.
Selain itu, Shatner bakal menempuh pengalaman ‘terapung’ di angkasa selama empat minit untuk menikmati permandangan bumi dari atas.
Keputusan Blue Origin untuk menghantar seorang watak paling terkenal dalam Star Trek, Shatner untuk penerbangan kedua syarikat itu mendapat sambutan yang menggalakkan dalam sektor pelancongan angkasa lepas.
Pada minggu lalu, pelakon kelahiran Kanada itu berkongsi kegembiraannya dengan para peminat di New York Comic Con mengenai misi pengembaraanya ke angkasa lepas.
Sementara itu, Shatner juga ada berkongsi perbualannya bersama Bezos, dimana saat beliau dimaklumkan akan menjadi manusia paling tua yang bakal mengembara ke angkasa lepas.
Shanter memaklumkan, beliau akan memecahkan rekod sebelum ini, dicatatkan oleh angkasa Wally Frunk, 82 tahun yang mengikuti pengembaraan pertama Blue Origin pada Julai lalu.