Amang seksual ancam keselamatan anak

September 6, 2021 · Isu semasa

Jenayah rogol dan sumbang mahram antara kes yang menunjukkan peningkatan ketika pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di negeri Kelantan misalnya, tahun ini, 65 kes dilaporkan dari Januari hingga Julai berbanding 54 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, kebanyakan membabitkan mangsa bawah umur berusia 13 hingga 16 tahun manakala pelaku berusia belasan tahun hingga 30-an.

“Kebanyakan kes dilaporkan kita dapati terjadi atas dasar suka sama suka, namun kerana di bawah umur masih dikategorikan sebagai jenayah rogol.

“Mangsa dan pelaku juga saling mengenali dengan mereka berkenalan di laman sosial seperti Instagram, WhatsApp dan selebihnya adalah kenalan jiran dan rakan sekolah,” katanya.

Kejadian ini mungkin bermula dengan gangguan seksual seperti amang seksual yang mungkin tidak disedari oleh mangsa.

Menurut Pegawai Psikologi Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Norhaida Asma Mohd Hashim, amang seksual  dikaitkan sebagai paraphilic disorders  yang merupakan gangguan kesihatan mental yang bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kehidupan pelaku malah menimbulkan gangguan psikologi dan menurunkan tahap kesihatan mental kanak-kanak yang menjadi mangsa.

“Seseorang yang mempunyai gangguan kesihatan mental dan mempunyai tahap libido luar kawal terhadap kanak-kanak mendorong mereka mencari golongan ini kerana tidak berdaya, naif dan mudah dipujuk atau diugut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercerita pengalaman beliau dalam mengendalikan kes aduan amang seksual sepanjang pandemik Covid-19, sepanjang hampir dua tahun ini kebanyakan kanak-kanak atau remaja hanya berada di rumah sendiri.

Jika pelaku adalah ahli keluarga yang dominan seperti ayah atau abang, kes seumpama ini boleh berlaku di dalam rumah tanpa pengetahuan pihak berautoriti.

Justeru, Norhaida menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa melatih anak-anak batas pergaulan, batas aurat, etika berpakaian dan anak-anak patut tahu bahagian mana yang boleh disentuh atau tidak walaupun dengan ahli keluarga sendiri.

“Ibu perlu peka dengan perubahan anak-anak dan sering meluangkan masa bersembang atau mendekati anak-anak agar perubahan tingkah laku dapat dikesan lebih awal jika terdapat sesuatu yang memerlukan tindakan segera.

“Kanak-kanak yang menjadi mangsa perbuatan gangguan seksual ini kebiasaannya mempunyai trauma, mengakibatkan kemurungan dan keresahan berlarutan, kesan tingkah laku sosial seperti isolasi kendiri serta boleh mengalami kesan emosi yang berlarutan sehingga dewasa.

“Ada juga kanak-kanak ini mempunyai gangguan libido yang tidak terkawal sehingga boleh menyebabkan ketagihan seks jika perbuatan ini telah dilalui dalam jangka masa yang lama,” ujarnya

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok