Terdapat satu kalimat yang sangat terkenal di kalangan penduduk Gaza, lebih-lebih lagi kalau berlaku di dalam bulan Ramadhan.
ليس العيد لمن لبس الجديد لكن العيد لمن مات الشهيد
Maksudnya: “Bukanlah Eid (kembali) bagi siapa yang berbaju baru, tetapi Eid (kembali) bagi siapa yang mati syahid.”
Gambar yang dimuatkan di dalam status ini adalah Hamza Nassar, seorang kanak-kanak Palestin berusia 11 tahun yang telah dibunuh oleh tentera-tentera Israel pada 12 haribulan Mei, hari terakhir Ramadan dan sehari menjelang Idil Fitri.
Pada sudut luaran, beliau telah sudah terbunuh. Dalam perkiraan manusia, nyawa beliau telah tamat.
Di saat kanak-kanak seusia dengan beliau di seluruh pelosok dunia, Barat mahupun Timur, dalam negara-negara Islam mahupun sebaliknya, sedang melalui zaman kanak-kanak dan remaja mereka, dengan 1001 serba kemungkinan masa depan yang tidak dapat dikenal pasti, di saat pesona mereka yang seusia dengannya pada gajet, permainan dan keseronokan dan di saat umat Islam menanti tamatnya Ramadan dan ketibaan Syawal … remaja berusia 11 tahun dari Gaza, Palestin ini telah berangkat menuju kehidupan abadi dengan sebuah senyuman yang terukir di wajah sucinya.
Hati ibu sudah pasti hancur luluh kerana sang anak telah mendahului pemergiannya dari dunia. Demikian juga pada ahli keluarga dan teman sahabat beliau yang lain. Beliau tiada di sisi mereka pada Hari Raya Idil Fitri, hari kemenangan umat Islam setelah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan.
Namun penduduk Gaza, Palestin adalah insan-insan terpilih, yang dimuliakan kedudukan mereka sebagai frontliners kepada perjuangan menentang kezaliman dan penindasan tentera-tentera pengganas Zio*Is. Bukan sehari dua atau tiga empat minggu, tetapi selama lebih 70 tahun!
Hamza Nassar sebenarnya “hidup” dan mendapat rezeki yang tidak pernah tercapai oleh segala deria insan, atau difahami melalui akal fikiran atau yang terlintas di sanubari.
Beliau kini telah “bebas” diterbangkan oleh sayap-sayap kemuliaan, yang dianugerahkan kepada insan-insan terpilih sahaja dari kalangan makhluk bernama manusia.
Untuk tujuan apa sebenarnya hidup kita?
Bagaimana kita boleh tertipu dengan kemabukan dan keserakahan kepada sesuatu yang tidak bernilai di sisi Allah?
Dan bagaimanakah kita ingin nama dan wujud sementara kita dikenang oleh mereka yang kita bakal tinggalkan nanti?
Hamza Nassar sudah tentu memiliki cita-cita dan keinginan, sebagai seorang remaja yang sedang meningkat dewasa. Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Dan senyuman yang terukir di bibirnya telah memberi pengajaran-pengajaran berharga untuk kita yang masih bernafas.
Bahawa tidak ada “kematian” paling mulia di sisi Allah selain daripada mati syahid. “Kematian” ini sebenarnya “menghidupkan” manusia seluruhnya.
Inilah “kematian” yang patut dicemburui oleh setiap orang Islam.
Sebab apa?
Kerana “kematian” beliau berlaku di dalam bulan Ramadhan, yang ganjarannya hanya Allah sahaja yang akan tentukan. Beliau dilahirkan dan membesar dalam suasana umat yang sedang berjuang, yang telah mempamerkan semangat perlawanan, keteguhan dan kesabaran yang sangat tinggi.
Suasana beginilah yang amat digeruni oleh tentera-tentera pengganas Zionis yag pada hakikatnya adalah keturunan kera yang pengecut. Tetapi mereka faham bahawa anak-anak remaja yang memulakan perlawanan dengan seketul batu akan membesar sebagai pejuang yang sangat berani dan tangkas.
Membunuh bayi dan kanak-kanak bukanlah satu jenayah atau dosa bagi makhluk terkutuk ini.
Hamza Nassar tidak sempat berbuka puasa di rumahnya. Tetapi juadah istimewa telah tersedia untuk beliau “nun di sana”.
Beliau tidak sempat menceriakan wajah ibunya dengan pakaian serba baru kerana “pakaian” yang “lain” sedang menanti untuk menghiasi tubuhnya.
Sungguh tepat sekali kalimat ini untuk Hamza Nassar:
“Sahur di Gaza, Iftar di Jannah…”
Mohd Luttfi