Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun

June 16, 2023 · Dunia

Suhu purata global pada awal Jun dilaporkan paling panas pernah direkodkan oleh unit pemantauan iklim Kesatuan Eropah (EU) mengatasi rekod sebelumnya.

Menurut laporan BH yang memetik AFP, fenomena iklim El Nino meningkatkan kebimbangan berlakunya cuaca melampau dan lebih banyak peningkatan suhu direkodkan.

Timbalan pengarah Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S), Samantha Burgess berkata rekod paling panas suhu bumi pada awal Jun, mencatatkan suhu 0.1 darjah Celsius lebih sejuk berbanding suhu paling panas direkodkan pada Mei.

C3S dalam satu kenyataan berkata purata suhu udara permukaan global untuk hari pertama Jun 2023 adalah yang tertinggi dalam rekod data ERA5 untuk awal Jun, dengan jurang yang besar berdasarkan data unit itu yang mula dikumpulkan pada 1950.

C3S baru-baru ini mengumumkan suhu lautan global lebih panas bulan lalu berbanding mana-mana bulan Mei yang lain dalam rekod.

Unit itu juga berkata pada awal Jun, suhu global melebihi paras pra-industri sebanyak lebih 1.5 darjah Celsius iaitu had paling tinggi untuk pemanasan global dalam Perjanjian Paris 2015.

Menurut data, suhu purata global harian berada pada atau melebihi ambang 1.5 darjah Celsius antara 7 hingga 11 Jun, mencapai maksimum 1.69 darjah Celsius pada 9 Jun.

Walaupun ini adalah kali pertama suhu dunia melangkaui had itu, kejadian sama pernah berlaku beberapa kali pada musim sejuk dan musim bunga dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Setiap pecahan darjah penting untuk mengelakkan akibat yang lebih teruk daripada krisis iklim”, kata Burgess.

El Nino, yang bermaksud ‘Budak Kecil’ dalam bahasa Sepanyol, dikenal pasti berdasarkan suhu permukaan laut yang lebih panas daripada purata di tengah dan timur Lautan Pasifik berhampiran khatulistiwa.

Secara purata, corak cuaca terakhir berlaku pada 2018-2019 dan berlaku setiap dua hingga tujuh tahun.

Kebanyakan tahun paling panas dalam rekod berlaku semasa El Nino, dan saintis bimbang bahawa musim panas ini dan seterusnya dapat melihat rekod tertinggi suhu di darat dan di laut.

“Memandangkan El Nino masih berterusan, kita boleh menjangkakan tempoh dalam 12 bulan akan datang di mana suhu udara purata global sekali lagi akan melebihi paras pra-industri lebih daripada 1.5 darjah Celsius,” kata C3S.

Unit pemantauan itu berpangkalan di bandar Bonn, Jerman – tempat perbincangan iklim yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang berlangsung menjelang sidang kemuncak iklim COP28 yang akan diadakan di Dubai pada akhir tahun ini.

Berita berkaitan
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023· Dunia
MetMalaysia keluar senarai lapan kawasan kategori amaran cuaca panas
May 16, 2023· Isu semasa
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023· Dunia
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok