Sekatan: Bejing bertindak balas terhadap Britain

March 26, 2021 · Dunia

Beijing pada Jumaat, mengenakan sekatan terhadap organisasi dan individu di United Kingdom atas apa yang disebutnya sebagai ‘pembohongan dan maklumat palsu’ mengenai Xinjiang, beberapa hari selepas Britain mengenakan sekatan di atas pelanggaran hak asasi manusia di wilayah barat China.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan berkata, Beijing menyekat empat entiti dan sembilan individu, termasuk penggubal undang-undang yang juga bekas ketua Parti Konservatif, Iain Duncan Smith dan selain bahagian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia parti itu, kerana menyebarkan berita palsu.

Katanya, individu dan ahli keluarga mereka yang dikenakan sekatan itu dilarang sama sekali untuk memasuki kawasan jajahan China malah institusi dan warganegara China juga tidak dibenarkan
bekerjasama dalam urusan niaga bersama mereka.

“China tegas dalam memelihara kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan negara dengan memberi amaran kepada pihak UK agar tidak masuk campur urusan negara ini jika tidak mahu China mengambil tindakan lanjut,” kata kementerian itu.

Tindak balas China diambil selepas Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Britain dan Kanada mengenakan sekatan ke atas Beijing kerana dituduh melanggar hak asasi manusia terhadap minoriti Muslim Uighur di Xinjiang.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira sejuta umat Islam Uyghur dikurung di kem tahanan di Xinjiang, sekali gus menguatkan lagi tuduhan aktivitis dan beberapa ahli politik Barat terhadap China melakukan keganasan.

“Nampaknya saya mendapat sekatan oleh pemerintah China kerana mengatakan kebenaran tentang tragedi #Uyghur di #Xinjiang, dan kerana mempunyai hati nurani”, kata pakar Uighur di Universiti Newcastle, Jo Smith Finley menerusi laman Twitternya. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok