Pelancong China berkelakuan buruk semasa cuti Hari Buruh

May 7, 2021 · Dunia

Industri pelancongan China mungkin kembali pulih sebelum bermulanya pandemik, namun kelakuan buruk para pelancong dikalangan warganya amat mengecewakan semasa cuti umum Hari Buruh baru-baru ini.

Para pelancong yang berkunjung di lokasi tarikan pelancong di sekitar China menunjukkan kelakuan buruk mereka dengan tindakan memanjat tembok sejarah dan menconteng tugu yang berusia berabad-abad lamanya selepas negara itu merekodkan rekod 230 juta perjalanan melibatkan warganya semasa cuti umum lima hari baru-baru ini.

Angka tersebut menyaksikan peningkatan 103 peratus untuk tempoh sama pada 2019.

Di Xian, ibu kota China kuno yang terkenal dengan Terracotta Army, beberapa pelancong dirakam video memanjat tembok kota kuno, satu lagi tarikan utama kota yang dibina lebih 600 tahun sehingga menyebabkan batu bata jatuh, menurut laporan China Youth Daily.

Dalam sebuah video itu, beberapa orang dewasa dilihat memanjat tembok luar kuno Xian untuk mengambil gambar, sementara yang lain dilihat menolak anak mereka suapay dapat bermain.

Ia suatu perkara biasa apabila pusat penjagaan tarikan pelancong terpaksa membaiki struktur tembok yang rosak setiap kali waktu puncak ramai pelancong, kata seorang pekerjanya.

Di Kuil Shaolin terletak di wilayah Henan, patung Buddha Zen yang juga merupakan destinasi pelancongan popular juga menjadi mangsa vandalisme apabila ia diconteng oleh seorang lelaki.

Contengan grafiti juga ditinggalkan di tanaman buluh berhampiran kuil tersebut.

Sementara itu di Taman Negara Huangzangyu yang terletak di wilayah Anhui, pihak berkuasanya terpaksa mengusir dua pelawat kerana memanjat pagar keselamatan alas kaca untuk menarik perhatian orang lain dan mengambil gambar, lapor media tempatan.

Pelawat tersebut berdegil dan membuat pertunjukkan “Spiderman” walaupun dihalang oleh para pengunjung yang lain.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok