Pakar dedah propaganda China tuduh virus Covid-19 dicipta tentera AS

September 10, 2021 · Dunia

Penyelidik mendedahkan pihak berkepentingan dengan kerajaan China menggunakan pelbagai platform dan pendekatan media sosial, termasuk kepelbagaian bahasa, untuk menyebarkan maklumat salah, selain mendorong tunjuk perasaan di Amerika Syarikat (AS).

Pakar syarikat keselamatan siber FireEye dan Alphabet Google berkata kegiatan itu dikenal pasti sejak tahun 2019 yang menggerakkan ratusan akaun dalam bahasa Inggeris dan Cina bertujuan memperlekehkan gerakan demokrasi Hong Kong.

Kegiatan itu diperluaskan dan disebarkan menerusi Twitter, Facebook dan Google kepada ribuan pengendalian di puluhan laman web di seluruh dunia.

Perkembangan itu menunjukkan China berminat secara mendalam terhadap teknik propaganda antarabangsa yang telah lama digunakan Russia, kata pakar siber.

Sesetengah akaun baharu meliputi rangkaian yang digunakan, terutama di negara-negara yang sebelumnya tidak menjadi sasaran propaganda China secara signifikan, seperti Argentina. Rangkaian lain mempunyai pengguna di seluruh dunia tetapi dengan sebahagian besar di Russia atau Jerman.

Maklumat salah mengenai Covid-19 menjadi fokus utama. Contohnya, rangkaian akaun media sosial vKontakte, LiveJournal dan lain-lain di Russia, Jerman, Sepanyol dan bahasa lain, menegaskan bahawa virus Covid-19 berkembang di AS sebelum China dan dibangunkan oleh tentera AS.

Pelbagai akaun LiveJournal berbahasa Russia menggunakan ayat yang sama ‘As Ft Detrick adalah sumber Covid-19’, merujuk kepada kemudahan tentera AS di Ford Detrick, Maryland.

Ini termasuk, gesaan yang dikatakan dibuat oleh ‘masyarakat dunia’ supaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan siasatan di pangkalan tentera AS di Fort Detrick yang dituduh mencipta virus Covid-19.

Kementerian Luar China mendakwa hampir lima juta rakyat China menandatangani surat terbuka menuntut WHO menyiasat makmal tentera di Fort Detrick.

Sebagai tambahan, untuk mempromosi maklumat salah berkaitan virus itu, pakar menyatakan keutamaan kepada kumpulan berkenaan termasuk mengkritik pelarian China, Guo Wengui dan sekutunya, ahli strategi bekas Presiden Donald Trump, Steve Bannon, selain mengeksploitasi isu perkauman anti-Asia.

“Kami menyaksikan kempen meluas dalam bahasa Russia, Jerman, Korea dan Jepun terhadap AS dan platform bukan AS, sebagai tambahan kepada aktiviti khas berbahasa Inggeris dan Cina yang telah banyak dilaporkan,” kata FireEye dalam laporannya.

Sebilangan besar akaun saling menghubungkan atau menggunakan gambar yang sama, sekali gus membantu penyelidik melihat kaitan di antara mereka.

Sebilangan besar kandungan tersebut disuarakan media China yang dikendalikan oleh negara, dan selari dengan propaganda lain pemerintah. Penyelidik bagaimanapun, tidak menemui bukti pembabitan pihak tertentu atau sekutu Beijing, dalam propaganda itu.

Sesetengah daripada kiriman itu turut menggesa masyarakat mengadakan tunjuk perasaan antiperkauman di AS. Sebagai tambahan, mereka juga mendesak tunjuk perasaan pada April lalu di New York, namun hanya sedikit sahaja yang menyahut seruan itu.

Akaun palsu yang diselaraskan turut menyebarkan gambar mengenai protes yang berlainan di tempat yang berbeza. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok