Manila bantah kapal Pengawal Pantai China halang hantar makanan

November 18, 2021 · Dunia

Manila mengutuk tindakan tiga kapal Pengawal Pantai China yang menghalang dan menggunakan meriam air terhadap dua bot Filipina yang dalam perjalanan menghantar bekalan kepada anggota tentera yang menduduki sebuah pulau batu karang di Laut China Selatan.

Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin hari ini berkata, tiada siapa yang cedera dalam insiden pada 16 November lalu berhampiran Beting Second Thomas, namun bot Filipina yang menghantar bekalan makanan kepada anggota tentera berpangkalan di situ membatalkan misi mereka.

“Tindakan Pengawal Pantai China adalah melanggar undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan sambil mengingatkan China bahawa kapal Filipina dilindungi di bawah Perjanjian Pertahanan Bersama Filipina-Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya beliau telah menyatakan bantahan keras, kemarahan, dan kecaman terhadap kejadian itu kepada Duta China di Manila.

Beliau memberi amaran kepada Beijing kegagalan untuk menahan diri boleh mengancam hubungan istimewa kedua-dua negara.

“China tidak mempunyai hak penguatkuasaan undang-undang di dalam dan sekitar kawasan ini. Mereka mesti mengambil iktibar dan berundur,” kata Locsin.

Manila mendakwa Beting Second Thomas yang terletak 105 batu nautika di barat daya Filipina berada dalam wilayah Palawan dan termasuk di dalam zon ekonomi eksklusifnya seluas 200 batu nautika.

Filipina menduduki beting itu sejak 1999 setelah menempatkan kapal tentera lautnya di terumbu karang itu.

China, yang menuntut hampir semua Laut China Selatan, berkata terumbu itu adalah sebahagian daripada wilayahnya, tetapi keputusan oleh Mahkamah Timbang Tara di The Hague pada 2016 memihak kepada Filipina.

China menuntut kedaulatan ke atas kawasan yang luas di Laut China Selatan, tetapi Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga telah mengemukakan tuntutan bersaing untuk beberapa atau semua pulau di lautan itu. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok