Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit

June 19, 2023 · Dunia

Sekurang-kurangnya 628 orang yang dipindahkan ke tempat perlindungan, jatuh sakit akibat letusan Gunung Berapi Mayon, gunung berapi paling aktif di Filipina, lapor agensi kerajaan pada Isnin.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan merekodkan sekurang-kurangnya 10 jenis penyakit yang menjejaskan mangsa yang berumur dua hingga 64 tahun itu termasuk batuk, selsema, demam, gastroenteritis, jangkitan pernafasan akut dan penyakit kulit, lapor Xinhua.

Menurut agensi itu, hampir 39,000 orang terjejas akibat letusan Mayon yang bermula pada 8 Jun lepas.

Pihak berkuasa tempatan telah memindahkan lebih 20,000 penduduk yang tinggal di zon bahaya di sekitar Gunung Berapi Mayon yang berbentuk kon di wilayah Albay, kira-kira 500 kilometer tenggara Manila ibu negara Filipina.

Wilayah itu yang diletakkan dalam keadaan bencana, menubuhkan 28 pusat pemindahan kebanyakannya bangunan sekolah, untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada Isnin merekodkan aliran piroklastik selama tiga minit dari kubah lava gunung berapi yang runtuh.

Kepulan sarat wap meningkat kepada 600 meter dan institut itu mengekalkan tahap amaran gunung berapi pada skala tiga daripada tahap lima.

Gunung Berapi Mayon kali terakhir meletus pada 2018, mengakibatkan lebih 23,000 orang dipindahkan dari sembilan bandar dan majlis perbandaran.

Popular
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok