Kapal perang AS ‘perhati’ angkatan laut China

April 12, 2021 · Dunia

Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam terbabit dalam apa yang disebut sebagai ‘perang simulasi’ selepas pertembungan terbaharu kapal perangnya dengan kapal tentera laut China.

Kedua-dua negara sebelum ini mengerahkan angkatan perang ke Laut China Selatan dan Laut China Timur, diketuai oleh kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz USS Theodore Roosevelt (CVN-71), dan kapal pengangkut Liaoning.

Pada Ahad, AS menyiarkan gambar yang menunjukkan kapal pemusnah peluru berpandunya, USS Mustin membayang angkatan perang Liaoning – satu tindakan yang disifatkan oleh penganalisis sebagai mesej jelas kepada China.

Gambar yang diambil Isnin minggu lalu di Laut China Timur menunjukkan kapten USS Mustin, Komander Robert J Briggs dan timbalannya, Richard D Slye melihat Liaoning yang jaraknya hanya beberapa ribu ela dari mereka.

“Di dalam gambar itu Komander Briggs dan S Slye dilihat begitu santai memerhati Liaoning, sekali gus seperti memandang ringan kepada rakan sejawat mereka,” kata bekas jurulatih Akademi Tentera Laut Taiwan, Lu Li-shih.

Ketua Pengarang Kumpulan majalah pertahanan Kanwa Defence Review berpangkalan di Kanada, Andrei Chang berkata, gambar itu dengan jelas memberi amaran kepada China bahawa AS telah diberitahu secara terperinci mengenai angkatan Liaoning.

Kumpulan penyelidik strategik situasi Laut China Selatan pula berkata, sejak Ahad lalu USS Mustin mengikut pergerakan angkatan Liaoning melalui Laut China Selatan dan Laut China Timur.

Sementara itu, AS dan sekutunya Filipina akan mengadakan latihan bersama membabitkan ratusan anggota tentera dua minggu lagi, kata ketua tentera Filipina, Lt Jeneral Cirilito Sobejana.

Kira-kira 700 anggota tentera AS dan 1,300 tentera Filipina akan mengambil bahagian dalam latihan bersama ‘Balikatan’ – ujian tahap kesiapsiagaan tentera berdepan kecemasan seperti bencana alam dan serangan militan. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok