Facebook sekat penggodam China sasar pelarian Uighur

March 25, 2021 · Dunia

Pengendali media sosial, Facebook telah menyekat jenayah siber penggodam China menerusi rangkaian mereka sendiri terhadap masyarakat Uighur sebagai sasaran terutama bagi yang menetap di luar negara.

Malah kebanyakkan wartawan dan aktivis Muslim di Uighur, sebuah masyarakat yang ditindas di barat laut China turut termasuk menjadi 500 sasaran penggodam China yang cuba mengakses masuk komputer dan telefon pintar mereka.

Dalam satu kenyataan lain, menerusi sosial media terbesar mereka memaklumkan penggodam menggunakan rangkaiannya untuk menghantar pautan terhadap laman web berbahaya, di mana aktiviti jenayah siber terbabit dilakukan tanpa ada kaitan Facebook.

Susulan kes itu, syarikat berkenaan menjelaskan telah mengesan akaun pemangsa dan memblok perkongsian domain berbahaya malah turut mengambil alih hampir 100 akaun yang berjaya ditemui daripada sekumpulan penggodam dikenali sebagai Earth Empusa atau Evil Eye.

“Aktiviti sebegini mempunyai ciri khas sumber operasi yang baik dan berterusan sehingga boleh mengaburi dalang di sebaliknya,” kata penyiasat keselamatan siber Facebook.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok