Djokovic diperintah keluar, tidak dapat sertai tenis Terbuka Australia

January 16, 2022 · Dunia

Pemain tenis lelaki nombor satu dunia, Novak Djokovic akan ‘diusir’ dari Australia selepas Mahkamah Persekutuan negara itu menolak rayuan terhadap pembatalan semula visanya.

Tiga hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh menteri imigresen Australia pada Jumaat untuk membatalkan visa warga Serbia berusia 34 tahun itu atas alasan kepentingan awam.

Alasan penuh di sebalik keputusan sebulat suara mahkamah akan diterbitkan dalam beberapa hari lagi.

Terdapat kemungkinan cabaran undang-undang selanjutnya akan dilakukan, tetapi Djokovic mengesahkan beliau tidak mahu membuat pilihan itu.

Keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah babak terakhir yang bermula apabila beliau ditahan di lapangan terbang Melbourne setelah dokumen mengenai vaksinasi Covid-19 miliknya dipersoal Pengawal Sempadan Australia.

Djokovic ditahan di sebuah hotel tetapi dibebaskan setelah sebuah mahkamah Australia mengarahkan visanya dikembalikan. Bagaimanapun, menteri imigresen negara itu mempunyai kuasa eksekutif dan membatalkan visa berkenaan.

Djokovic yang menjadi tumpuan kerana enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, sebelum ini dijadual menyertai Terbuka Australia dan mahkota Grand Slam ke-21, malah perlawanan sulungnya juga sudah diatur.

Beliau kini berdepan kemungkinan diharamkan memasuki Australia selama tiga tahun.

Kebenaran diberi kepada Djokovic untuk masuk ke Australia tanpa vaksinasi mencetuskan kemarahan rakyat negara itu yang dikenakan peraturan berkaitan vaksin Covid-19.

Kerajaan Australia juga berulang kali menegaskan tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatasi undang-undang dan peraturan ketat yang ditetapkan bagi menangani wabak itu.

Dalam satu kenyataan menerusi akhbar The Age di Melbourne, Djokovic berkata:

“Saya ingin membuat kenyataan ringkas susulan keputusan perbicaraan mahkamah hari ini. Saya kini akan mengambil sedikit masa untuk berehat dan memulihkan diri, sebelum membuat sebarang komen lanjut selepas ini.

“Saya amat kecewa dengan keputusan menolak permohonan saya untuk semakan kehakiman terhadap keputusan menteri membatalkan visa saya, yang bermaksud saya tidak boleh tinggal di Australia dan menyertai Terbuka Australia.

“Saya menghormati keputusan mahkamah dan saya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk keluar dari negara ini,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
8 jam lalu· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok