Apple buang aplikasi Quran Majeed dalam App Store China

October 17, 2021 · Dunia

Syarikat teknologi terkenal, Apple mengeluarkan salah satu aplikasi al-Quran paling popular di dunia bagi App Store China, berikutan permintaan daripada pegawai Beijing.

Penerbit Quran Majeed mengesahkan aplikasi yang berpusat di Pakistan telah dihapuskan daripada Apple App Store China, dan disarankan menghubungi Pentadbiran Cyberspace of China (CAC) dan pengawal internet China.

Quran Majeed terdapat di seluruh dunia menerusi App Store – dan mempunyai hampir 150,000 ulasan. Ia digunakan oleh berjuta-juta umat Islam.

Bagaimanapun, Beijing mendakwa aplikasi itu ‘mengandungi teks agama yang diharamkan’ dan meminta ia dikeluarkan daripada App Store China.

Quran Majeed dibangunkan dan dimiliki oleh Pakistan Data Management Services (PDMS) dan dikatakan ‘salah satu aplikasi Islam terkenal dengan hampir 40 juta pengguna di seluruh dunia’.

Ketua Bahagian Perhubungan dan Peningkatan PDMS, Hasan Shafiq Ahmed berkata syarikat itu sedang berusaha menghubungi CAC dan pihak berkuasa China yang berkaitan bagi memulihkan semula aplikasi Quran Majeed di dalam App Store China.

Quran Majeed boleh didapati di dalam aplikasi Apple di seluruh dunia. Ia menawarkan al-Quran versi digital dalam bahasa Arab, disertakan dengan terjemahan ke dalam pelbagai bahasa, lokasi masjid, pelbagai bacaan al-Quran, penggera waktu solat dan kompas untuk mencari arah Kiblat.

Langkah mengeluarkan Quran Majeed itu dikesan pertama kali oleh Apple Censorship, laman sesawang yang memantau aplikasi App Store Apple pada peringkat global.

Parti Komunis China dilaporkan mengiktiraf Islam di negara itu.

Bagaimanapun Beijing dituduh melanggar hak asasi manusia, malah pembunuhan beramai-ramai, terhadap kumpulan etnik minoriti Islam Uyghur di Xinjiang. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok