Saya tak faham kenapa sesetengah pihak mengatakan sokongan PN kepada DS Ismail Sabri adalah tidak sah semata-mata kerana syaratnya ialah pertama Menteri yang bakal dilantik mestilah bebas daripada pertuduhan jenayah dan kedua kerajaan PN mesti terus hormat prinsip pengasingan kuasa, kebebasan badan kehakiman dan Raja Berperlembagaan.
Alasan saya begini:
1. Antara sumpah jawatan PM ialah mesti berikrar untuk junjung Perlembagaan. Pengasingan kuasa dan kebebasan badan kehakiman adalah sebahagian daripada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mesti dijunjung oleh mana-mana PM yang dilantik.
2. Sebelum Jemaah Menteri dilantik, proses vetting akan dibuat untuk memastikan bakal Menteri tidak ada rekod jenayah, bebas rasuah, tidak ada rekod sangkut bayaran cukai LHDN dan bukan seorang yang bankrap. Ini selari dengan syarat PN. Ia bukan perkara luar biasa.
Kalau tak buat itu luar biasa.
3. Tun Mahathir dilantik sebagai PM 7 atas syarat dia melantik DS Wan Azizah sebagai TPM dan kemudiannya menyerahkan jawatan PM kepada DS Anwar Ibrahim.
Satu dunia tahu syarat ini yang ditandatangan on the dotted lines oleh semua ketua parti PH sebelum PRU 14. Tun M dilantik sebagai PM7 atas syarat ini dan pelantikannya adalah sah.
4. Saya cari dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan perkataan “unconditional confidence of the majority” atau kepercayaan majoriti tanpa syarat.
Saya tak jumpa perkataan “unconditional”. Yang saya jumpa hanyalah perkataan “confidence of the majority” atau kepercayaan majoriti.
Jadi, janganlah kita suka-suka tambah perkara yang tiada dalam Perlembagaan.
Datuk Dr Marzuki Mohamad
KSUS Kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin