Bursa dibuka rendah, pasaran lemah

December 7, 2023 · Isu semasa

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan pagi Khamis apabila prestasi semalaman Wall Street turut merosot.

Selain itu, para pelabur juga mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat dan China.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.51 mata kepada 1,445.31 daripada penutupan Rabu 1,445.82.
Indeks utama dibuka 2.93 mata lebih rendah pada paras 1,442.89, lapor Bernama.

Pergerakan harga di pasaran bercampur-campur, menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 147 berbalas 132, manakala 238 kaunter tidak berubah, 1,805 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 212.24 juta unit bernilai RM82.49 juta.

Data pekerjaan AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat menyebabkan pelabur mengambil sikap berhati-hati.

Di Wall Street, harga saham ditutup rendah walaupun terdapat tanda-tanda pasaran pekerjaan yang perlahan selepas firma pemprosesan gaji ADP menunjukkan pekerjaan sektor swasta di AS meningkat tetapi kurang daripada yang dijangkakan pada bulan November.

China pula akan mengeluarkan angka dagangan bulan Novembernya hari ini.

Naib Presiden Penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berpendapat aktiviti memburu saham murah mungkin akan muncul pada bila-bila masa memandangkan bursa tempatan telah turun secara menyeluruh.

“Kami percaya tumpuan akan kembali kepada saham pembinaan dan kewangan selepas aktiviti jualan baru-baru ini, sekali gus indeks diunjur berlegar dalam julat 1,445-1,455 hari ini,” katanya.

Kaunter wajaran tinggi Maybank dan Public Bank pulih sederhana, masing-masing naik satu sen kepada RM9.01 dan RM4.26. CIMB susut dua sen kepada RM5.73 dan Tenaga Nasional turun lima sen kepada RM9.94 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.03.

Bagi kaunter paling aktif, Classita kerugian setengah sen kepada 5.0 sen manakala CPE Technology yang baharu disenaraikan susut 11.5 sen kepada 95.5 sen. Leform dan PUC pula tidak berubah, masing-masing mencatatkan 35 sen dan 4.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 2.92 mata kepada 10,652.38, Indeks FBMT 100 turun 2.81 mata kepada 10,321.63 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 6.95 mata kepada 10,789.05.

Indeks FBM 70 berkurangan 0.91 mata kepada 13,974.85, dan Indeks ACE FBM kehilangan 23.57 mata kepada 5,118.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 14.76 mata kepada 16,326.97, Indeks Perladangan susut 9.82 mata kepada 6,966.91 dan Indeks Tenaga turun 4.32 mata kepada 797.68.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.21 mata kepada 169.81.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
20 kawasan di Semenanjung dalam amaran gelombang haba Tahap 1
April 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok