Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan kata Tan Sri Muhyiddin tak dapat laporan terkini mengenai pengambilan pekerja asing.
Saya hairan juga. Setiap kali mesyuarat MPN, yang datang beri taklimat ialah pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia. Adakah pegawai tak melaporkan perkembangan terkini kepada MPN? Tak mungkin.
Dalam mesyuarat yang lalu pada 27 September 2022, yang datang beri taklimat kepada MPN ialah Timbalan Ketua Setiausaha KSM. Dilaporkan hanya 76,000 pekerja asing berjaya dibawa masuk daripada lebih 400,000 permohonan yang telah diluluskan dan telah dibayar levi.
Dilaporkan juga, 10,000 pekerja asing dari Bangladesh akan dibawa masuk menerusi “projek khas” yang tidak melalui sistem Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS).
MPN membangkitkan persoalan jika 10,000 boleh dibawa masuk tanpa melalui sistem FWCMS, kenapa tidak boleh lebih ramai lagi dibawa masuk tanpa melalui sistem ini untuk menampung kekurangan pekerja yang meruncing pada masa ini?
Tiada jawapan diberikan. Baru-baru ini, pegawai dari syarikat yang mengendalikan FWCMS disoal siasat oleh SPRM.
Adakah terdapat perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan MPN?
Saya tanya saja. Saya bukan tuduh.
Datuk Dr Marzuki Mohamad
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.