Hakim AS batal perintah pakai pelitup muka dalam pengangkutan awam

April 19, 2022 · Dunia

Arahan mewajibkan penumpang memakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam oleh pentadbiran Joe Biden, bagi mengekang penularan Covid-19, adalah menyalahi undang-undang, kata seorang hakim Mahkamah Daerah di Florida pada Isnin (18 April).

Serentak itu, Hakim Kathryn Kimball Mizelle dalam keputusannya turut membatalkan perintah berkenaan.

Minggu lalu, pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) melanjutkan arahan mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di dalam kapal terbang, kereta api, dan teksi, kenderaan yang dikongsi atau hab transit, selama 15 hari lagi.

Pihak berkuasa kesihatan memberi alasan mereka memerlukan masa untuk menilai kesan peningkatan jangkitan Covid-19 baru-baru ini.

Keputusan Kimball, seorang hakim yang dilantik ketika pentadbiran Donald Trump, dibuat dalam tuntutan mahkamah yang difailkan tahun lalu di Tampa, Florida, oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Dana Pertahanan Kebebasan Kesihatan.

Hakim Mizelle berkata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah melebihi kuasanya dengan perintah itu, tidak meminta komen awam dan tidak menjelaskan keputusannya dengan secukupnya.

Rumah Putih dan CDC,Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) enggan mengulas.

CDC mula-mula mengeluarkan perintah kesihatan awam yang memerlukan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan antara negeri pada Februari 2021.

TSA pula mengeluarkan arahan keselamatan untuk menguatkuasakan perintah CDC.

Hakim menyerahkan semula isu itu kepada CDC, namun tidak pasti sama ada perintah hakim itu akan berkuat kuasa serta-merta, atau ada tarikh tertentu.

Kumpulan industri dan Ahli Kongres Republikan mahu pentadbiran Biden segera menamatkan segera perintah pemakaian pelitup muka itu.

Keputusan itu boleh menimbulkan kekeliruan pada syarikat penerbangan di mana arahan memakai pelitup muka telah menyebabkan peningkatan kes perbalahan antara kakitangan penerbangan yang menguatkuasakan perintah itu dengan penumpang yang menolak permintaan menutup muka mereka.

FAA berkata sejak Januari 2021, terdapat 7,060 insiden penumpang yang tidak terkawal dilaporkan – dan 70 peratus membabitkan peraturan pemakaian pelitup muka.

Syarikat penerbangan Amerika, misalnya, telah menggesa pentadbiran Biden “untuk berpegang kepada sains dan penyelidikan, yang jelas menyokong perintah pemakaian pelitup muka.

Tidak masuk akal untuk memakai pelitup muka di dalam pesawat apabila langkah sama tidak disyorkan di tempat lain, seperti restoran, bar atau kemudahan sukan yang sesak.

Dana Pertahanan Kebebasan Kesihatan, yang mewakili syarikat penerbangan penumpang utama AS, tidak memberikan ulasan segera mengenai keputusan hakim itu. – Agensi

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok