Tesla disaman seorang pemandu teksi selepas kenderaan gagal dikawal

March 20, 2022 · Dunia

Seorang pemandu teksi kereta elektrik pintar, Tesla Model 3 di Paris yang terlibat dalam kemalangan dan membunuh seorang individu bertindak memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat kereta Amerika Syarikat itu, kata peguamnya.

Kerajaan Perancis berkata beberapa hari selepas kemalangan itu, pihak Tesla (TSLA.O) memberitahu tiada tanda berlakunya kerosakan teknikal pada kenderaan tersebut.

Sarah Saldmann berkata anak guamnya pada Jumaat memfailkan aduan jenayah kepada pendakwa raya di Versailles atas tuduhan Tesla  “meletak nyawa orang lain dalam bahaya”.

Namun, pihak Tesla tidak memberi jawapan balas terhadap pertanyaan e-mel untuk memberi komen berhubung isu tersebut.

Pemandu teksi itu tidak bertugas ketika kemalangan tersebut berlaku, tetapi kereta Tesla itu secara tiba-tiba melanggar tiang besi, deretan basikal sewa dan tong kitar semula yang penuh dengan kaca, lalu kemudiaannya melanggar seorang pejalan kaki dan sebuah van sebelum akhirnya berhenti, kata saksi mengenai kemalangan.

Selepas kemalangan, pemandu teksi yang tidak dinamakan itu memberitahu polis kereta Tesla itu memecut dengan sendiri dan tidak sempat dapat menekan brek.

Pemandu teksi tersebut masih dalam siasatan polis atas tuduhan membunuh tetapi tidak didakwa dan juga sudah didapati negatif dalam ujian alkohol selepas kemalangan itu.

Pejabat pendakwa raya di Versailles akan memutuskan sama ada Tesla mempunyai kes untuk dijawab.

Dalam kes-kes sebelum ini, Tesla akan mengumpul data terperinci daripada alat pengesan dan kamera yang terdapat pada kenderaan tersebut untuk mencabar tuduhan kemalangan yang berlaku disebabkan teknologi tidak berfungsi.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok