Pemerintah Dubai diarah bayar nafkah bekas isteri, anak £550 juta

December 22, 2021 · Dunia

Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum pada Selasa diperintah membayar bekas isteri dan anak-anaknya sekitar 550 juta pound (kira-kira RM3.069 bilion) dalam apa yang dianggap sebagai penyelesaian perceraian tertinggi yang ditetapkan oleh mahkamah Inggeris.

Sheikh Mohammed diberitahu bahawa beliau mesti membayar Puteri Haya Bint Al Hussein, saudara tiri kepada Raja Jordan Abdullah II, sekali gus sebanyak 251.5 juta pound dan memberikan jaminan bank sebanyak 290 juta pound bagi menampung nafkah anak-anak dan keselamatan sehingga mereka dewasa.

Pemerintah Dubai yang berusia 72 tahun itu telah lama bergelut dalam proses undang-undang dengan bekas isterinya yang berusia 47 tahun, yang tinggal di London bersama dua anak mereka, Sheikha Al Jalila, 13, dan Sheikh Zayed, 9.

Oktober lalu, Mahkamah Tinggi mendapati Sheikh Mohammed telah membenarkan penggunaan perisian pengintipan untuk menggodam telefon bekas isterinya, dan seorang hakim berkata pemerintah Dubai itu telah “mengganggu dan menakut-nakutkan (dia) sebelum dia berlepas ke England”.

Hakim Philip Moor dalam keputusan penyelesaian perceraian itu berkata Sheikh Mohammed telah “menerima bahawa kekayaannya mencukupi untuk memenuhi sebarang perintah yang munasabah”.

Jurucakap Sheikh Mohamed berkata majikannya sentiasa memastikan keperluan anak-anaknya sentiasa mencukupi, dan enggan mengulas lanjut setelah mahkamah membuat keputusan.

Sebelum ini, penyelesaian perceraian tertinggi pernah direkodkan membabitkan 450 juta pound yang diperintah dibayar kepada bekas isteri jutawan Russia, Tatiana Akhmedova, pada 2016. Kes itu dibicarakan secara tertutup di Mahkamah Tinggi England dan Wales.

Tahun lalu, Sheikh Mohammed, yang juga Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu, gagal dalam usaha undang-undang untuk menghalang penerbitan penghakimannya.

Pasangan itu bernikah pada 2004, kedua bagi Sheikh Mohamed. Beliau menceraikan Puteri Haya mengikut undang-undang syariah pada 2019, tanpa diketahui, menurut penghakiman mahkamah.

Puteri Haya dan anak-anaknya tinggal di sebuah berdekatan Kensington Palace di timur London yang diwarisi daripada bapanya, Allahyarham Raja Hussein Jordan. – Agensi

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
16 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok