1. Kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Melaka bukan di keranakan logo PH, tetapi ialah kegagalan parti yang mengetuai tampuk PH turun bekerja dan meraih undi tidak bersungguh-sungguh, sehingga penolakan pengundi melayu itu sendiri melebihi 10 %, semestinya itu sebagai signal perlunya PH memikirkan bagaimana untuk memikat kembali hati pengundi melayu pada PRU15 akan menjelang tiba, hakikat sebenar ialah lemahnya penguasaan PH di kampung, Felda dan tanah-tanah rancangan yang majoritinya adalah golongan melayu. Adakah ketua PH sibuk untuk memancing ahli parti rakan sahaja sedangkan kelemahan PH tidak terurus.
2. Ketika PRU-14 pada 2018, kita dihidangkan pelbagai isu mengenai korupsi khasnya skandal pelaburan 1MDB menjadi tarikan pengundi untuk memilih PH apatah lagi sekarang masalah rasuah, pengangguran, pengurusan bencana dan kenaikan harga barang yang makin tinggi.
Jadi PH perlu sedar isu begini mampu menaikkan kembali mood rakyat untuk terus menolak BN dan juga menolak PN yang dibarisi pengkhianat sekiranya PH bijak memainkan isu di platform media baharu. Isu-isu rakyat nampaknya tidak didendang secara agresif setelah termeterai MOU antara pihak kerajaan dengan PH, perkara ini juga perlu dikaji semula.
3. Undi 18 juga menjadi satu mimpi buruk jika ketua PH tidak memainkan peranan, kerana golongan muda telah menunjukkan trend penolakan kepada PH pada PRN Melaka sebanyak lebih 22% yang tidak mengundi PH. Adakah mereka inginkan dinosaur PH bertukar kerana kegagalan beberapa kali untuk mendapatkan NUMBERS dan golongan ini sendiri dah meluat melihat rentak lakonan ketua PH yang tak mesra golongan muda, setelah menolak wakil parti MUDA menjadi calon untuk tiket PH di PRN Melaka yang lalu?
Perlu di ingat bahawa undi 18 bakal terlaksana di bawah Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu diwartakan sebagai P.U.(B) 615/2021 dan berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
4. Angan-angan supaya Amanah diserap kedalam PKR adalah lawak lelucon, manakan boleh Amanah yang semakin diterima rakyat dimakan oleh PKR yang semakin lemah, kepimpinan Amanah yang ramai terutama YB Adly Zahari yang telah mengekalkan kemenangan beliau di DUN Bukit Katil sendiri telah menjadi ikon pemimpin PH itu sendiri dan dipersetujui bakal diangkat kembali menjadi ketua menteri jika PH dapat menawan semula Melaka.
5. Sekali lagi diingatkan bahawa ‘grand coalition’, Khemah besar dan PH ‘PLUS’ perlu di laksanakan, samada bersama Warisan, Pejuang, Muda dan mana-mana parti difikirkan baik untuk PH menjadi kuasa besar politik Negara jika ingin memenangi PRU15 nanti.
Sikap abang besar dan besar kepala harus disingkirkan dari mana-mana parti dalam PH, ia langsung tidak membawa kepada keuntungan, malah merugikan PH itu sendiri.
Ahmad Asri Talib
Ketua Amanah Bukit Bintang
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri