Tan Sri Annuar Musa berpandangan pemimpin Pakatan Harapan bergelumang dengan ‘virus’ kleptokrasi selepas bekerjasama dengan Barisan Nasional.
Tegas beliau, Perikatan Nasional kekal menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang berwibawa yang mendukung mandat rakyat meskipun beberapa Ahli Parlimen Bersatu beralih sokongan atas alasan peruntukan.