[VIDEO] Tiada jaminan PM Melayu jika DAP terus dominan

December 17, 2023

Perubahan landskap politik menyebabkan tiada lagi jaminan Ahli Parlimen Melayu akan diangkat menjadi perdana menteri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, perubahan besar politik berlaku dan ketara selepas PRU15 apabila tiada satu parti atau gabungan memperoleh majoriti di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, dengan tiada gabungan mampu membentuk kerajaan secara bersendirian, maka rundingan perlu dilakukan bagi memilih siapa akan menjadi perdana menteri.

Katanya, perubahan juga berlaku dengan adanya undang-undang antilompat parti yang menyebabkan wakil rakyat terikat keputusan parti masing-masing termasuk memilih siapa akan menerajui kerajaan.

Dengan dominasi DAP, UMNO sebagai parti kecil dalam kerajaan hari ini tidak boleh melakukan apa-apa sekiranya kemungkinan seorang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin mengingatkan sejak merdeka, negara sudah mempunyai 10 perdana menteri yang dilantik mengikut peruntukan perlembagaan berkenaan.

Menurutnya, PN akan terus istiqamah berjuang mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan yang sah untuk semua kaum seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

[VIDEO] PN cabar kerajaan campuran siasat fitnah Agong disogok PN

January 11, 2024

[VIDEO] Tiada sebab nak khianat, PN minta polis siasat tuduhan Ngeh Koo Ham

January 11, 2024

[VIDEO] J-KOM reka Langkah Dubai, Perikatan Nasional pula ditekan

January 10, 2024

[VIDEO] Dr Wee nasihat Theresa Kok tambah dos sawit, sibuk jadi jurucakap BN

January 10, 2024

[VIDEO] Laporan polis dakwa artikel fitnah Agong disogok PN

January 10, 2024

[VIDEO] PN tiada dana beli MP, Langkah Dubai sandiwara PH-BN

January 6, 2024

[VIDEO] DAP guna bahasa Cina dalam urusan rasmi kerajaan Selangor

December 21, 2023

[VIDEO] Wan Fayhsal disoal siasat polis kerana pertahan PM kekal Melayu

December 21, 2023

[VIDEO] Peniaga Melayu terpinggir jika benarkan pilihan raya PBT

December 18, 2023

[VIDEO] Kit Siang jawab 27 soalan polis, pertahan impian bukan Melayu jadi PM

December 13, 2023

[VIDEO] Rombakan kabinet langkah terdesak Anwar kekal PM

December 13, 2023